Friday, May 14, 2010

Spesies Tag Terancam

Dulu, di awal permulaan karier blogging aku yang amat sentimental, aku mengambil sedikit masa untuk mengaplikasi dan memahami beberapa aktiviti sosial sesama blogger. Dan, setelah mengerahkan keringat, sumpah aku tak faham beberapa konsep yang digunakan. Tak tercapai akal bak kata Elyana.

Dan, ketika itu jugak aku mengucapkan kata-kata "I don't give a damn" terhadap gejala sihat tersebut. Ala-ala tajuk lagu Avril Lavigne jugak lah. Aku main cakap guna bahasa orang putih high class. Tak main broken-broken ni.

Tapi, bagai penganggur yang lapar dihulurkan duit, aku tetiba diberi tag oleh cik IANA [read : Fiziana]. Gila skema apa panggil Fazliana. Peh!.. Oh. Apa kaitan peribahasa "bagai penganggur yang lapar dihulurkan duit" dengan situasi ini masih lagi dikaji oleh Dewan Bahasa dan Library.

Tanpa berbicara panjang, dan disebabkan kemarau idea yang berpanjangan, aku tibai aje lah tag ini. Pandai jugak IANA nih. Tau-tau je aku tak ada modal. Aku syak dia guna "benda" nih.


***

1. Adakah anda rasa anda hot?
Tepat sekali. Aku tah tahu lah di mana silap nya. Tapi sekarang Terengganu macam penuh dengan dosa. Hot sekali.. Duduk dalam bilik pun peluh boleh menitis. Panas tahap apakah ini?

2.Update wallpaper pc/laptop yang anda gune sekarang


3. Cerita pasal gambar ni?
Malas nak letak gambar awek seksi. Purata aku tengok wallpaper laptop dekat 7 jam sehari. Tak tertanggung dosa nanti. Dah banyak sangat ni..So, default window7 wallpaper aje lah.


4. Kali terakhir makan piza?
Ehem. erm.. Aaa...Aku tak main pizza-pizza ni. Membazir duit syiling aje....

5. Lagu terakhir anda dengar?
Wali - Kekasih Halal.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Makan. Nak sikit?

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Milo.

*Tolong jangan tanya kenapa....*

8. Tag lagi 5 orang yang nak kene tag?

1. Jose Mourinho
2. Chedet
3. Monoloque
4. Lisa Surihani
5. YUI

9. Sape orang no 1 dengan anda?
Oh. Yang pasti kitorang bukan gay.

10. Katekan sesuatu kepade orang no 5?
Watashi wa Amirul desu. Agak-agak dia faham tak?

11. No 3 ade hubungan dengan sape?
Dah kawin. Hubungan dengan bini dia lah..

12. Bagaimana dengan orang no 2?
Tahap pemikiran dia tak tercapai akal orang lain.

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4?
aisey..jangan la camni...malu i tau...*blushing*

14. Berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?

1. Jose Mourinho - Jurulatih genius separa gila.
2. Chedet - Blogger tertua di Malaysia.
3. Monoloque - Seniman berbakat.
4. Lisa Surihani - Pelakon yang berkelayakan menjadi Peguam.
5. YUI - Rockers jepun tercomel.

5 comments:

eik`S noName said...

yg ke 3...cerita pasal gambar...
cehh hampeh..tol ke..tah3 gamba.........

yg ke 7...milo...aku tau sbbnye
nak nyatakan disini??

Johari Hamzah said...

citer la eik.. aku dop thu lgi nie..

eyemeroll said...

@eik - haih. ni marah ni. haih
@jo - try cari kat google..mana tau kot2 ada..haha

myFirdaus said...

apsal wallpaper default??? bosan seyh... hahhaa

eyemeroll said...

ala..skali skala default bez jugak pe..haha