Sunday, May 23, 2010

Champions League~

Entri awal pagi.

****

Mourinho menang lagi.

Satu prinsip asas untuk menyokong dan menjadi kipas susah mati Mourinho adalah seseorang itu perlu menerima hakikat bahawa menang lebih penting daripada permainan yang cantik.

Mourinho dengan begitu geniusnya telah mencipta satu formula di mana kemenangan adalah segala-galanya dan terbukti sesebuah pasukan itu tidak mampu untuk menang dengan bermain permainan yang cantik. Arsenal begitu arif sekali mengenai teori ini. Dan hari ini satu lagi team menyertai Arsenal iaitu Bayern.

***

Dari sudut aku yang minat bola.

Game tadi agak keterbiasaan. Sebab bukan senang nak masuk final, jadi 2 2 team main berhati-hati. Tak gelojoh. Tak tamak.

Cuma tak tahu lah mungkin disebabkan bahang final ke hape, beberapa penyerang Inter dan Bayern tampak begitu eksited sehinggakan menendang bola nun jauh ke angkasa meski posisi hanya beberapa meter di depan pintu gol.

Pasal corak permainan pulak.....Corak permainan Inter aku tak reti sangat nak komen. Tak ada bunga. Tapi bila menyerang cukup complete. Dan gol pertama merupakan satu set up yang sempurna.

Bermula dari keeper > tandukan yang padu dan tepat > menerima dengan kemas >passing yang cantik = penyudah yang hebat.

Tak ada pemain Bayern yang dapat sentuh bola pun time tu.

Bayern main dengan corak permainan yang cantik dan agresif. Dengan kehadiran Robben, penjaga gol Inter, Julio Cesar sememangnya agak teruji. Namun, Altintop dan Olic gagal memberi saingan yang menarik. Dan hasilnya pemain Bayern gagal menjaringkan gol. Tapi anak buah Van Gaal memang memberi saingan yang sengit sampaikan defend Inter tidak sekukuh dulu.

Gol ke 2 Inter macam biasa. D. Milito tidak gopoh untuk menjaringkan gol. Cuma aku sedih tengok Eto yang agak halimunan.

****

Jurulatih.

Mourinho macam biasa lah. Duduk kat tepi padang, dan berleter. Namun, dalam sibuk berleter, kepala dia ligat memikirkan taktikal. Dia menghasilkan satu formula di mana tidak banyak memegang bola tapi hasilnya menang. . Oh. Dan baru hari ni aku perasan yang beliau jugak cukup suka memecahkan rekod kelab. Kalau dulu beliau menjadikan Chelsea juara EPL setelah 50 tahun tidak merasainya, sekarang menjadikan Inter juara eropah setelah berpuluh tahun tidak merasainya.

Van Gaal.

Dia bermain psikologi dengan duduk di bangku, dan minum air mineral. Muka tak ada reaksi. Raut wajah sentiasa ketat.

***

Harap-harap musim depan Mourinho jadi jurulatih Real plak.

Sekian.


p/s- Pasal entri lepas, gambar Xgig tu dah aku uploadkan dekat FB. So, kalau nak tengok sila jenguk profile aku ye. Mood aku tak datang nak upload kat sini. Haih.

No comments: