Sunday, May 16, 2010

Hidup Kebujangan

Update hidup bujang.

Menurut falsafah generasi muda zaman sekarang, lelaki tidak lah didefinisikan sebagi kaum manusia yang berdada rata semata-mata, sebalik nya ianya juga merupakan sejenis kaum yang menyokong dan meminati bola pada kadar tahap yang masuk akal.

Jadi, jika kita simpulkan teori ini, tidak kira lah se sasa mana badan seseorang itu, mahupun seketul mana perut beliau, tidak akan layak digelar lelaki jika tidak meminati bola. Mudah nak faham kan.

Dan, bagi bergelar lelaki, tidak kira lah jika anda berkaki meja sekalipun, anda haruslah sekurang-kurang nya tahu atau pernah bermain bola. Yang mana satu permainan taktikal yang melibatkan pergerakan kaki dan sebiji objek bulat sebulat bumi.

Jadi, cuti-cuti macam ni, aku macam biasa. Bila cukup orang, aku ajak main futsal. Boleh bersukaria, besosial dan bersenam pada masa yang sama. Walaupun badan tak berketul, tapi aku berjaya buktikan aku lelaki. Setidak-tidaknya.

Kadar keseronokan game malam tu pada takat rendah. Performance aku tidak dipuncak bukit. Aku gagal menyerlah. Tapi oke lah. 5 bulan tak sentuh objek bulat tu, tapi skill masih ada sikit-sikit. Cuma...cuma....lepas 5 minit aku dah KO. Aisey man.

Keesokan hari tu pulak ada aktiviti lain dari yang lain.

Aku terjoin perlawanan futsal gempak selebriti astro. Malas aku nak hurai macamana eksiden boleh berlaku sampai aku terpaksa terjoin. Bukan calang-calang tournament ni. Hebat jugak lah dari segi nama. Tapi tak seprestij Piala Dunia agaknya. Tapi orang kata kalau tak pandai, sekadar main-main sudah lah. Ni siap join tournament apekejadahnya. Memandangkan hadiah tempat pertama RM3000, dan aku ni jenis mata duitan, aku akur. Join jugak.

Lepas 2 game. Keputusan begitu memberangsangkan lantas mendorong aku dan team aku untuk cepat-cepat kemas barang dan terus pulang. Team lain badan macam raksasa, team aku badan macam anak patung. Kiut miut. Macamana nak menang beb? Ada 1 game lagi sebenarnya. Tapi ditambah pulak petang tu ada Xfm Xgig, aku tak hirau. Kepala aku duk fikir nak layan gig tu je. Stamina nak layan gig kena jaga!

Sekian.

Oh. Nanti kalau aku rajin aku upload gambar gig. Siap ada gambar dengan selebriti hot. Tapi takut jugak kalau aku upload awal-awal takut jadi gosip pulak nanti. So, tunggu dulu lah ye.

1 comment:

Iman's Umi said...

Huh x sabar nk tgk gmbr gig yg dikatakan lbh best drpd tournament tersebut...wakakaka