Thursday, March 18, 2010

A tribute To The Special One

Salam Sejahtera.

Update kali ni mungkin sedikit pending. Jadual yang kadang-kadang pack kadang-kadang free adalah punca segala-gala.

Tapi aku tak nak melepaskan peluang menulis entri berikutan kekalahan Chelsea pada Internazionale.
-----
Awal-awal lagi aku dah publisitikan yang aku secara rasminya berpaling tadah daripada Chelsea bila Chelsea lawan Inter hari tu. Tapi macam biasa, masih ada 2 3 suara-suara sumbang yang duk kutuk Chelsea depan-depan aku. Aku tak kisah. Jose menang.


Macam yang disangka, Jose Mourinho disambut dengan penuh riang ria oleh peminat-peminat Chelsea. Malah, lebih riang daripada sambutan peminat Chelsea kepada Carlo Ancelotti.
Memang ramai yang anti kepada beliau, tapi lagi ramai yang minat kepada beliau. Jose Mourinho bukanlah calang-calang jurulatih. Aku mula kenal beliau ketika aku mula kenal bola. Aku baru je ketagih dengan Chelsea.


Time tu Chelsea dibawah bimbingan Claudio Renieri. Game yang aku agak terkejut adalah apabila Chelsea kalah kepada Porto. Hangin betul aku time tu. Ye lah, bagi aku Chelsea big name. Porto entah datang dari ceruk mana. Aku tak tahu apa-apa lagi time tu.


Lepas Chelsea kalah, aku tengok Real Madrid pulak. 2nd team aku. Lahabau betul, kalah jugak Real Madrid dengan Porto. Pening kepala aku fikir waktu tu. Pemain Porto tak adalah sehebat pemain Chelsea. Apetah lagi Real Madrid..Sebab waktu tu adalah zaman kegemilangan Real Madrid. Roberto Carlos, Ronaldo, Zinedine Zidane dan muka lain lagi. Lagenda semua. Tapi selamber Porto kalahkan dieorang.


Time tu lah aku baru kenal nama Jose Mourinho. Jurulatih Porto. Nak dijadikan cerita pulak, walaupun dia membantu Porto melakar sejarah dengan membenam pasukan besar dan menjuarai liga juara-juara, Mourinho keluar dari Porto untuk ke Chelsea.


Bermulalah sesi pengamatan sejenak aku kepada Mourinho. Aku mula kaji dan selidik teknik-teknik beliau. Dan ternyata, beliau adalah seorang genius. Dia bukan saja membawa Chelsea menjuarai liga, tapi juga mencipta sejarah, Banyak jugak lah sejarah Chelsea yang dia cipta.


Taktikal dan Psikologi. Tak ada orang boleh lawan dia. Setakat ni, semua jurulatih bola sepak agak elergik dengan dia. Hidup tak akan tenang kalau lawan dengan team Mourinho. Yang terbaru menjadi mangsa adalah Ancelotti. Setakat ni yang masih agak kebal adalah Mr. Alex. Yang mana aku rasa cukup otai dan setara untuk lawan dengan Mourinho.


Pasal game hari tu, Inter dengan selambernye boleh menguasai perlawanan. Susah nak jumpa team boleh jinakkan Chelsea macam tu kat Stamford Bridge. Man U, Arsenal dan Liverpool semua tewas kat Stamford Bridge musim ni seingat aku.


Salah satu sebab Inter menang hari tu adalah sebab defend dieorang perfect. Terkejut jugak aku. Sebab salah satu kelemahan kelab Mourinho sebelum sebelum ni adalah defend. Macam Chelsea dulu, defend paling rapuh. Porto pun sama. Tapi Mourinho tak lupa untuk sediakan GK yang mantap. Macam Cech. Dan sekarang, Julio Cesar.


Style dia yang paling aku suka adalah dia tak akan lupa untuk berperang psikologi dengan musuh nya. Setiap game besar, dia akan kutuk puas-puas pihak lawan, dan dengan penuh yakin menjanjikan kemenangan. Walaupun kalah, dia pandai berayat. Tak cukup dengan jurulatih, pengadil pun kena. Siap ada pengadil yang letak jawatan gara-gara kerana dia. Tak perlu lah aku nak nyatakan peristiwa yang mana satu. Sebab setiap kaki bola tahu. Hint : Barcelona.


So, demikianlah siri lalutan aku kali ni.

Maafkan aku kerana entri sepanjang novel.

No comments: