Tuesday, March 30, 2010

Kertas Kajian versi 1

Salam Sejahtera.

Minggu ni aku sibuk menyiapkan kertas research aku. Mulanya aku ingat nak mintak kelulusan dari hea dulu, pastu nak jilidkan, tapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal, aku buat keputusan nak publishkan research aku kat blog ni ajelah. Lagipun, tadi time aku pegi hea nak mintak kelulusan, muka minah yang jaga kaunter tu semacam je. Aku syak PMS. Aku takleh kalau perempuan PMS ni. Elergik.


So, inilah hasil research yang aku buat...


Pengenalan.

Facebook jika didefinisikan dari sudut sesuka hati adalah merujuk kepada sebuah laman web sosial di mana para pengunjung boleh bersosial sesuka hati mereka. Kalau di dunia realiti kita bersosial atau pun melepak di kedai-kedai mamat, pantai dan sebagainya, di dunia facebook lain pula ceritanya. Para pengunjung facebook melepak di sebuah tempat yang agak unik iaitu dikenali sebagai dinding.

Sebagai sedikit penerangan ringkas, apabila seseorang itu mendaftar di facebook, maka mereka akan mendapat sebuah "dinding" secara percuma. Mereka bebas mencarut dan mencaci apa-apa sahaja di dinding tersebut. Ini juga dikenali sebagai "status". Dan, bagi menjadikannya lebih menarik, kawan-kawan pengunjung boleh komen apa-apa sahaja mengenai "status" tersebut.

Isi Kandungan.

1) Facebook dan efeknya kepada manusia.

Apa yang bagusnya facebook ni, kau boleh kenal orang tu dari segi hati mahupun fizikal. Kalau nak kenal dari segi fizikal, kau boleh usha gambar orang tu sepuas-puas hati. Kalau nak kenal dari hati pulak, kau boleh buat kajian sendiri tentang cara-cara dia bersosial, berfikir dan bertafakur.

Dan dengan hanya melihat gambar-gambar sahaja, kita sebenarnya boleh melihat warna-warni dunia. Ada perempuan yang bertudung, tapi bergambar macam laki bini dengan lelaki lain. Padahal status terang-terang single. Oh, sila lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Inilah kehebatan facebook. Kerana para pengunjung tidak akan malu untuk menunjukkan kepada dunia diri sebenar mereka. Mengapa ini terjadi? Terlalu banyak motif untuk dikaji dan disebabkan aku malas, sila jangan tanya soalan ini.

2) Status dan Komen

Apabila seseorang itu "post" status terbaru, kawan-kawan mereka boleh komen mengenai post tersebut. Dan jika kita kaji secara lebih mendalam mengenai komen itu, secara kasarnya, kita boleh kategorikan si pengomen/kawan tersebut ke dalam beberapa kategori.

Katakan lah kau post status mengenai masalah kau.

Akan ada kawan yang akan support kau dengan memberi kata-kata semangat. Ini adalah contoh kawan yang terbaik. Dan juga mungkin kawan yang bahaya. Memandangkan mungkin mereka adalah dalam golongan yang hipokrit yang mana sekadar suka-suka komen bagi mengisi masa lapang.

Akan ada juga kawan yang suka dan ketawa. Ini dah tentu jenis kawan yang tidak boleh diharapkan. Dengan mudahnya kau boleh mengenalpasti kawan cecacing seperti ini.

Juga akan ada kawan yang berlagak macho. Komennya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menunjukkan kehebatan dirinya. Ini adalah jenis kawan gred d yang mana gilakan populariti. Kebanyakan daripada golongan ini adalah single.

Penutup.

Secara konlusinya, kita tidak boleh menolak kepentingan facebook kepada kita. Meskipun ada desas desus mengatakan bahawa facebook sememangnya melalaikan [sehingga ada individu yang sekejap "deactivate" dan sekejap "activate" akaun mereka], namun ternyata facebook telah memberi banyak kebaikan kepada manusia sejagat.

Tomahan sesetengah pihak yang mengatakan facebook merupakan agenda terbaru freemason dan iluminati dalam usaha meracuni pemikiran manusia sejagat adalah sangat tidak masuk akal dan begitu lawak sekali.

Sekian Terima Kasih.

5 comments:

- koroe - said...

aku ase btol ah natang fb ni agenda freemason..
nk suh org lalai..
kalu nk cite,
mmg byk la "pekdoh"
yg mg dpt dr fb ni..

aku mcm knl la org yg kejap deactivate pastu activate balik tu..

eyemeroll said...

@rul - tulung jangan sebut sal actvate n deactvte tu..dia rasa ati ekgi..ssh aku..haha

qistina said...

hebat2..

teoriputaralam said...

patik suka la research ko ni..bole la nk publish kt jajahan patik.

eyemeroll said...

@nina - ish. aku mengarut pun hebat ke? hehe

@a.putar - sila2..tapi aku tak bertanggungjawab ye..haha