Sunday, March 21, 2010

Semalam Yang Gundah Gulana

Semalam aku join aktiviti kelab.

Ramai jugak yang pelik, sebab sepanjang tahun Hijrah ni, belum pernah lagi aku merajinkan diri dengan join aktiviti kelab sebenarnya. Bermasyarakat dalam satu kumpulan bukanlah minat aku. Tunjuk hebat, lagak, dan bakat terpendam. Langsung tak menarik perhatian aku. Ok. Mungkin aku sedikit kolot disini.

Tapi semalam sebab kepuasan yang terlampau, aku join jugak lah. Join aktiviti amal sket. Gotong royong segala...



Dialog paling best daripada mak cik penjaga tempat tu..

" Saya kalau buleh nak pasu ni letak sama corak. Susun biar sama. Ikut susunan macam mak cik dah buat ni, Yang satu lorong kat depan ni pulak mak cik nak kamu kosongkan. Buleh ye?"

Aku - " No hal la mak cik..."


Situasi:

- Time tu pukul 12.15, gotong royong abez pukul 12.30.
- Kejadah pasu bunga banyak gila. Mau esok pun tak sempat aku nak susun.
- Kumpulan aku hanya ada 4 orang.


Penyelesaian:

-Buat-buat bizi.
-Konon sibuk mengangkat.
-Tepat 12.30, kami hilang dalam debu.



Join aktiviti amal pun still tak ubah penyakit teruk aku ni.....Haish...

2 comments:

teoriputaralam said...

hahaha...kureng asam gelugor btol la hmba2 skalian

eyemeroll said...

Oh. Mak Cik tu yang kurang asam sebenarnya. haha