Friday, January 1, 2010

Fenomena Tahun Baru

Seperti satu plan, atau mungkin juga sebenarnya sudah menjadi trend, apabila tahun baru menjelma, seluruh pelusuk dunia akan mengucapkan satu kalimah yang berbunyi Selamat Tahun Baru. Oh. Kalimah itu tertakluk kepada struktur muka bumi serta geografi. Berbeza bunyi dan ejaannya. Tapi yang pasti, mempunyai maksud yang sama.

Begitu juga dunia blog.Langsung tidak terkecuali. Satu fenomena blog luar tabii telah berlaku apabila semua blog list di tepi blog aku menunjukkan 100% daripada blogger tegar telah mengepost entri yang berunsurkan Selamat Tahun Baru. Berbeza cara penyampaian, tapi objektif yang sama.

Aku tak mahu digelar ketinggalan, tidak mengikut perkembangan arus, berfikiran paradox dan sebagainya.

Jadi, di kesempatan ini jari aku tetiba ingin menaip Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh pembaca blog aku yang tegar.

Heh. Mungkin ada yang kutuk aku. Waktu awal muharam dulu tak mahu ucap. Tahun baru ucap pulak. Dasar kebarat. Peh. Tajam ungkapan itu. Tapi tak apa. Aku terima. Malas nak bagi alasan.

Biasanya bila tahun baru, orang bercakap tentang azam. Macam-macam azam. Ada sesetengah tu pulak duk repeat azam yang sama tiap-tiap tahun. Macam carry paper pulak. Tapi tak lulus-lulus. Ajaib betul. Ada jugak yang dah set azam yang hebat-hebat tahun ni. Tercapai ke tak, tak tahu lah.

Aku punya azam? Biar aku sendiri yang set. Biar aku sendiri yang buat. Tak perlulah nak taip taip kat sini.

So. Sebagai akhir kata, majulah tahun baru untuk semua!


p/s-Deym. Esok dah nak bertolak. Mood cuti tak hilang lagi.

1 comment:

Under19 said...

bak kata makhluk mukabumi
Tahun Baru azam baru
yg lepas punya biarkan berlalu
awal muharam sudah berlalu
sepatah haram kata xdialu
apapun mari mulakan hidup baru
bebaskan diri dari halangan lalu

p/s:happy off holidays