Thursday, January 14, 2010

Mimpi si Pemimpi

Semalam.

Aku mimpi ngeri. Cukup ngeri untuk buat aku rasa terhina. Celaka betul encik setan. Merperkotak katikkan aku di dalam mimpi. Dengan sedimikian rupa...ish...Ah. Sudahlah. Salah aku jugak. Lupa nak basuh kaki sebelum tidur.

Selalunya mimpi aku hebat-hebat. Kadang-kadang aku jadi CEO Syarikat. Kadang-kadang aku jadi anak soleh. Dan kadang-kadang aku jadi insan yang berjaya. Begitu hebatnya tahap kejayaan aku di dalam mimpi.

Boleh dikatakan satu tahap yang membanggakan lah. Ah. Siapa yang kutuk aku tu mesti berdengki. Dasar manusia. Homo-Sapien. Pantang dengan kejayaan orang lain. Sampai mimpi pun nak dengki.

Okey. Sudah dengan karutan tersebut.


Cerita pasal mimpi semalam.


Entah macamana, semalam watak aku sedikit lain. Salah skrip aku rasa.

Semalam aku jadi pencuri. Pencuri bermakna aku adalah penjahat. Tapi yang aku tak puas ati sebab aku jadi pencuri yang tak berjaya. Kurang-kurang kalau nak jadi pencuri pun biarlah pencuri yang berjaya, Sekali lagi celaka encik setan. Aku pantang digambarkan sedemikian rupa.

Aku tak ingat apa yang aku curi. Tapi yang buat aku bepeluh time tidur adalah sebab aku pergi curi tanpa sebarang plan, tak pakai sarung muka mahupun glove. Apekejadahnya. Orang tahap pro pun ada plan.

Kalau bagi budak kelas pemulihan sekolah rendah mana-mana pun aku rasa lah, kurang-kurang dieorang pakai sarung muka dan glove. Dasar setan. IQ pun terencat. Tu lah. Jadi setan lagi. Suka ati Jin Ifrit je nak bagi aku mimpi macam tu.

Yang pasti aku tertangkap. Memang cemas aku time tu. Boleh tahan jugak gurauan encik setan time tu. Tapi aku melawan. Aku sempat lari.

Entah macamana tahap kebebalan aku amat memabanggakan semalam. Lepas lari, aku tak lari ke tempat lain. Tapi aku balik rumah. Tidur. Ya. Situasi seolah-olah aku tidur di dalam tidur. Macam cerita nightmare hantu omputih tu.

Dan sebab kebebalan itu, aku ditangkap sekali lagi. Baru je aku nak melawan. Aku terbangun. Fuh. Gila syukur aku time tu.


Sekian.


p/s-mungkin jugak sebab aku terlampau banyak tengok cerita Chuck seminggu dua ni...

3 comments:

ezzati said...

citer chuck best dan hensem..haha

chock said...

otak encik setan tengah kering..
tahun baru la katakan..

yg pasti kau tengok heroin jer dalam cite chuck..

eyemeroll said...

@ezzati-oh. lawak dia cukup slamber.haha

@chock-dia kering idea..aku jadi mangsa..ni tak leh jadi.....

hoho. heroin tu...salah satu faktor aku tengok chuck tuh..haha