Sunday, January 10, 2010

Ini Berita Baik~

Aku masih lagi dalam proses berhibitasi.

Daripada ubat-ubat meditasi yang penuh se sumpit. Sumpit itu apa? Sumpit itu plastik la. "Plastik glenyar" bak kata orang Kelantan. Penuh sinis. Tapi cukup manis sebutannya.

Bangun pagi tadi macam biasa. Telan air liur sahaja sudah buat aku terasa macam kena tikam. Sadis. Sadis.

Selesai menyalin bau di badan. Buka laptop. Online.


Dan.


.
.
.
.
.
.



Ha Ha Ha. Ketawa ala-ala setan sorang-sorang. Dalam hati je. Nanti rumet aku sumpah aku.



Scroll bawah sikit lagi.

.
.
.
.
.
.

Wakakakaka! Celaka lawak gila! Aku mula luahkan segalanya. Amek kau. Padan muka. Haha.




Selepas itu aku terus tutup eurosport. Takut kalau lama-lama nanti aku terpukau.


Hebat sekali. Tahniah untuk kedua-dua mereka.





p/s- Oh Chelsea. Jangan kau biarkan aku dinodai esok hari........

No comments: