Monday, January 18, 2010

Cerita Aku Menjadi Macho

Tiba-tiba aku jadi macho.

Ada orang tembak aku. Aku lari dengan slamber. Lagi hebat. Tak ada buat gaya ala-ala cerita matrix pun. Aku lari macam biasa-biasa. Tapi peluru tak kena. Fuh. Macho beb.

Entah macam mana. Tiba-tiba aku sampai kat taman perumahan. Kat depan pintu pagar sebuah rumah tu pulak, ada pistol. Macam dalam game. Biasa lah. Ada pistol sekali dengan peluru. Lengkap. Betul-betul macam game. Cuma tak perlu tekan "button R" untuk reload.

Aku ada sniper. Tapi sekarang orang sedang kejar aku. Dan bila orang kejar. Aku lari. Normal lah. Kejar bukan takat kejar beb. Kejar sambil tembak. Tapi mungkin aku dah tamat jurusan ilmu pendinding tahap phd kot. Hebat betul aku rasa. Satu peluru pun tak kena!

Tapi macamana aku nak guna. Sniper bukan boleh tembak suka-suka. Mahu kena "aim" betul-betul dulu sebelum tembak. Baru nampak pro.

Tetiba aku mencarut dalam hati. Apekejadahnya. Tadi orang kejar aku guna pistol ala-ala pistol air. Alah, pistol biasa-biasa tu. Bukan rifle mahupun yang seangkatan dengannya. Kalau dalam Counter Strike nak beli kena tekan "B1" tu. Entah pistol ape entah orang panggil. Aku tak ingat.

Tak tahu lah dari mana dia dapat. Dia guna bazooka. Mahu nya aku tak mencarut. Mana aci beb. Bazooka sedang kejar aku. Aku guna sniper. Macamana dia boleh pegang bazooka sebelah tangan masih lagi menjadi misteri yang tak sempat nak terungkai.

Dia tembak. Aku elak ke kiri. Fuh. Bazooka tu! Tapi aku elak dengan slamber. Lepas tu, aku aim sekejap, terus tembak. Jatuh tersungkur lah mamat tu.

Pastu aku terfikir. Macamana tiba-tiba aku boleh jadi hebat ni? Kalah dalam cerita Gerak Khas. Tapi agak setanding dengan cerita Bad Boys aku rasa. Fuh. Fikir punya fikir.

Aku dapat jawapan dia. Aku sengih seorang diri. Dah agak dah!.

Celik mata. Tengok dah subuh....Cepat-cepat aku bangun pergi amek wudhuk. Yang pasti encik Setan tak mempermainkan aku kali ni. Alhamdulillah.

2 comments:

zzZZ said...

camne kau replay smula mimpi2 tuh..pelik2..

eyemeroll said...

itu masih menjadi tanda tanya..haha