Thursday, November 18, 2010

Update Cuti (3)

Hari itu, ketika aku masih di Shah Alam, bertemankan sebiji kereta aku pergi mencari apa-apa yang boleh menghiburkan hati.

Itu kerana hati aku tak tenang. Perlukan satu santapan mata dan jiwa untuk menenangkannya. Jiwa celaru. Otak kacau. Banyak kebimbangan yang bermain dalam diri aku. Sebab itu tak kira apa bala datang, aku akan tetap cuba mencari benda-benda yang aku kira boleh tenangkan aku, sekali lagi biasanya hiburan.

Di sini, beberapa hari ini, aku duduk dan bertafakur di rumah. Bertemankan kucing yang tak tahu hormatkan manusia, aku kembali hidup dalam keadaan yang tenang, tanpa sebarang kebimbangan. Benda ini seolah benda yang asing. Pelik. Setelah kebiasaan aku hidup dengan kebimbangan, hari ini aku boleh hidup senang lenang. Tanpa konflik.

Dah tentu aku sukakan kehidupan ni. Apekejadahnya aku nak lari dan pilih kehidupan yang penuh dengan konflik dan kebimbangan. Cuma, setiap benda ada pro dan cons. Begitu juga kehidupan yang ada konflik dan kebimbangan...

Bila hidup di Shah Alam, aku rasa otak aku lebih jalan. Perasaan yang bimbang buat aku lebih aktif berfikir. Sel-sel otak dengan cergas mencipta idea, kreativiti datang bersama.

.....

Sebab itu 2 3 hari ini aku rasa otak aku makin lembap.

No comments: