Saturday, November 6, 2010

Cerita Sendiri

Setelah dikira, baru 1 bulan rupanya aku tidak pulang ke Terengganu. Mungkin faktor ketiadaan kelas membuatkan masa berjalan begitu lambat bagi aku disini. Masa yang kosong dan tersadai menanti untuk diisi memang memeningkan aku. Kalau masa itu berbentuk benda, mungkin aku akan sedekahkan kepada fakir. Kalau masa itu berbentuk wang, dah lama aku laburkan . Ramai tuduh masa itu emas. Mungkin mereka tak sedar emas sendiri tak boleh beli masa. Sedangkan aku punya begitu banyak masa sekarang.

Konsep sosial manusia tidak begitu rumit sebenarnya. Tiada manusia yang sukakan masalah. Asal ada ruang untuk ketenangan, di situlah akan adanya manusia. Disitulah bakal berkumpulnya manusia. Ketenangan selalunya diterjemahkan dalam bentuk hiburan.

Jadi sebab itu manusia seperti aku ini tidak akan lari dari hiburan. Lebih-lebih lagi bila begitu banyak masa yang terluang. Berhibur dengan cara timur tidak ada salahnya. Pergi jahanamlah mereka yang fikir hiburan itu berdosa.

Tapi bila terlalu banyak hiburan, buat aku terfikir. Berubahkah aku? Perubahan itu berbentuk subjektif. Aku mungkin mengatakan aku adalah aku. And I will not change. Tapi, sebenarnya benda yang tidak akan berubah hanyalah kata-kata itu. Who am I to isolate myself from this rapidly changing world?

Aku hanya tahu setakat itu. Aku masih samar di celah mana perubahan dalam diri aku.

Salah satu faktornya adalah kerana tiada siapa di sini yang tahu dan kenal identiti aku dari A-Z. Bila aku tunjukkan perangai, mungkin mereka sekeliling fikir itulah aku. Mereka tak tahu identiti aku sejak aku dilahirkan sebagai budak kampung.

Ok. Aku tipu. Ada beberapa individu yang kenal aku sampai tahap itu disini sebenarnya. Tapi itu kedian cerita. Terkecuali.

Cuma sebagai self-defence, aku tak rasa aku patut lari dan tutup segala perubahan. Life will always change. Salahkah aku adaptasikan diri kepada perubahan..?

.
.
.

At least I am always a kampung boy. Tempat lahir di surat beranak takkan bertukar. Pasti!

4 comments:

- koroe - said...

aku kenal mu a-z.haha.lame doh kan kite geng.dan aku suke gaya penulisan mu ni. bile nk ajo aku gaya penulisan yg hebat gni..

eyemeroll said...

Mu duk kat melaka. Jadi tak dikira. Haha..

Huih. Apakah betul sifu koroe berminat dengan gaya penulisan saya yang amatur ini??

- koroe - said...

sifu kejadah nye..anda nye gaya saye lagi tergamam membace nye..saye rase kene byk belaja dari anda..haha

eyemeroll said...

Oh. Terkedu saya..
Siapalah blog ini berbanding dengan siputgile. Saya hanyalah blog kerdil...