Monday, August 16, 2010

Lagu

Lagu.

Dengan sekadar mendengar tanpa penghayatan serta berlatarkan alunan muzik yang cukup ala kadar, memang tidak dapat menjiwai lagu.

Lagu sebenarnya gabungan irama dan lirik. Tapi, lirik dan irama masih boleh dipecahkan ke dalam konteks yang lebih kompleks. Namun tak perlulah disentuh bab yang tak perlu disentuh.

Sebagai seorang yang menghayati muzik, bagi aku muzik merupakan satu gabungan seni suara dan sastera. Lagu tidak akan berjaya dijiwai andai tanpa dilengkapi dengan sebuah lirik yang memukau.

Aku tidak terlalu ketagihkan alunan muzik seperti seorang audiophile. Namun kualiti bunyi bagi aku tetap penting. Bunyi bass, treble, dan voice bagi aku perlu diseimbangkan. Bass tak perlu terlampau kuat. Tetapi tak boleh kurang. Yang lain perlu seimbang. Supaya bunyi itu smooth. Tak berat serta sesuai untuk dilayani.

Namun irama sahaja adalah cacat. Tak complete. Perlu dihiasi dengan lirik.

Lirik tak kira sama ada mempunyai ayat yang berbunga atau tidak. mahupun mempunyai ayat yang tersirat ataupun tidak.

Tetapi lirik yang berkualiti boleh memberi kesan yang mendalam kepada jiwa para pendengar. Pilihan-pilihan perkataan yang membentuk lirik perlulah dikaji dan digabungkan dengan betul supaya ianya sesuai dengan keadaan dan jiwa pendengar. Sekiranya pilihan ayat yang menarik, unik dan tepat, sesuatu lagu itu boleh terus menusuk ke dalam jiwa dan dari situlah bermulanya penghayatan yang mendalam.

Sebab itu, lirik yang berkualiti selalunya terhasil apabila menggunakan situasi yang sebenar. Sebagai contoh, Yui, penyanyi muda jepun. Beliau banyak menghasilkan lirik sendiri. Dan kebanyakan daripada lirik yang dihasilkannya adalah bedasarkan pengalamannya sendiri. Ini bermakna beliau meletakkan penghayatan yang penuh terhadap muzik tersebut. Jadi, pilihan perkataan dan cara beliau cuba menyampaikan lirik tersebut adalah mendalam. Beliau seolah-olah menulis melalui jiwa. Dia bukan sekadar menulis lirik, sebaliknya dia turut meletakkan perasaan dan pengalaman beliau di dalam lirik tersebut. Inilah caranya untuk menghasilkan sebuah lagu evergreen bagi aku.

Di Malaysia, aku jumpa satu contoh yang lagi menarik. Loque. Pengasas kumpulan butterfingers. Sekarang beliau sedang giat menyiapkan album terbaru monoloque.Lirik yang dihasilkannya mungkin tidak berdasarkan kepada pengalaman sebenar, tapi dia pandai menggabungkan ayat. Membentuk sepatah demi sepatah lirik yang lain dari yang lain, tetapi dengan maksud yang mendalam dan begitu sentimental. Setiap lirik yang dihasilkannya juga boleh diolah dengan maksud yang berbeza-beza.

Berbalik kepada industri muzik di negara kita, sekarang terlampau ramai kumpulan independent muncul. Cuba membawa identiti masing-masing. Namun kebanyakan daripada mereka masih lagi terikut-ikut dengan rentak semasa. Dan gentar untuk mencubat sesuatu yang baru. Kita perlukan satu reformasi. Supaya kita kembali sedar, bahawa lagu bukanlah sekadar satu alunan dengan ucapan yang sedap didengar telinga, sebaliknya ianya adalah untuk penghayatan dan menilai nilai-nilai yang tertentu.

Pergh. Aku berjaya melalut dengan serius.

2 comments:

- koroe - said...

konklusi nye : +/-24 days to go


still counting

eyemeroll said...

meaning. haha