Monday, August 2, 2010

Orang gaji

" Orang gaji saya beli henset baru. Dekat seribu. Lepas tu, dia dah tak fokus buat kerja. Cukup seminggu, saya rendam henset dia dalam air"

Berikut ialah petikan daripada perbualan di radio. Oleh kerana perbuatan tu bagi aku sedikit bersifat kapitalis, mari kita buat sedikit analisis.

1) Mungkin majikan (si bercakap) tu hanya pakai henset cikai seperti 3310 dan sebagainya. Jadi nampak macam lebih dari tokei. Mana nak tahan beb kalau orang gaji pakai hp lagi gantang dari majikan.

2) Jika kita andaikan si yang bercakap ni seorang janda ataupun single, kita dapat menghampiri kepada rumusan yang lebih efektif. Iaitu jeles. Sedangkan orang gaji daripada seberang dapat cari teman nak bermesej kat sini, dia yang lagi cukup "sempurna" takde orang nak mesej pulak. Haish.

3) Sekarang kita kaji sebab merendam ke dalam air. Sedikit pelik. Kenapa pendekatan seperti kapitalis digunakan? Walhal sebagai seorang majikan, dia berkuasa menegur. Jadi, aku pasti ada sesuatu yang tersembunyi disini. Atau mungkin dia terlebih menonton cerita detektif seperti detektif conan. Yang mana mengajar pelbagai cara untuk melakukan perbuatan sedemikian dengan lebih genius.

4) Atau mungkin jugak disebabkan dia dah terlampau bosan. Ada jugak spesies manusia yang jeles tanpa sebab. Jadi, perkara ini jugak boleh dikatakan masuk akal.

Apa-apa pun. Aku bersimpati kalau ada orang gaji yang dapat majikan macam haram tu. Kejadahnya nak rendam henset orang gaji? Berkurun dia simpan duit semata nak beli hp tu kot.

No comments: