Duduk lesu di hadapan laptop. Tangan mengerut dahi.
Buku bersepah disebelah, tidak tertutup. Memang jenis aku. Sialkan kata-kata orang tua ilmu keluar kalau tak tutup buku. Bodoh tak bertempat kata-kata itu. Fikir aku.
Bila time-time macam ni, fikiran mulalah nak melayang. Dari segenap kisah aku kecil, sampai kisah aku sekarang. Mula mencari point-point kecil dalam hidup untuk diperbesarkan. Untuk ditelitikan natijahnya.
Seminggu lagi sahaja. Ya. Hanya seminggu lagi untuk "pause" berjuang. Untuk menghadap buku, derive formula, hafal teori dan berdebat penyelesaian. Satu jangka hayat hidup yang tidak ada apa-apa untuk dinikmati. Seminggu.
I'm sure I can afford that.
.....
Imbau lagi. Aku tersengih. Heh.
Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa aku pilih kos elektronik. Ketagihan aku pada teknologi? Mungkin barangkali. Tapi tak pernah sekali aku jumpa subjek yang menarik minat aku. Signal, Electronic, Power. Semua merangkupi perkiraan. Matematik pada dasarnya. Jadi di celah mana aku nak "enjoy" bersama matematik?
Kadang-kadang aku lebih bahagia bila bersama buku. Aku mudah ketawa bila membaca blog, majalah. Aku mudah terlupa dunia bila menonton drama,movie. Serta aku suka membaca barisan-barisan ayat yang bermetafora. Sukar untuk difahami. Mempunyai 1000 makna untuk diterjemahkan. Mungkin disitu letaknya minat aku. Sastera barangkali. Tapi, sejauh mana minat boleh bawa aku? Aku sendiri tak terjawab.
5 comments:
aku rase mg ade split personality la miruu..
mg ni dop yakin ngan tujuan hidop mg..
setiap yg bernyawa,pasti berenti bernyawa..haha
org tue hanye bagi kiasan utk si anak2 mude yang xtau adab....
bile mrk kate, xttp buku, ilmu xmasuk @ W.E.it means...tutup la buku tu lepas gune....mrk suh kite tau adab2 dlm kehidupan nie...bkn btl ilmu kuar kalu xttp buku, itu hanye kiasan....kate suke bace, situasi gini xlea nak beza....bekeng kan koment aku...
@ fakrul - bukan tak yakin. tapi tak enjoy. hehe
@ ik - kalau buku sentiasa terbuka, lagi senang nak baca kan? hehe
memang metafora kehidupan.
good entry!
Try gaya bahasa baru. Susah jugak nak taip macam ni. Haish!
Post a Comment