Thursday, June 17, 2010

Review Piala Dunia 2

Disebabkan oleh berlakunya beberapa fenomena alam luar tabiee semasa musim piala dunia ni, aku tergerak untuk melakukan sedikit siasatan.

Jikalau mengikut perancangan, siasatan adalah berupa kajian yang separa mendalam terhadap beberapa pasukan yang dikatakan tidak mencapai ISO dan jugak meliputi pasukan yang terlebih kaw tim.

Namun, buat masa ini, kita hanya akan menyentuh pasukan yang terlebih kaw tim.

***

Antara pasukan yang sedikit mendapat perhatian aku adalah Jepun. Pada perlawanan pertama hari tu, Jepun dengan begitu dramatik telah mengalahkan pasukan Cameroon yang dibintangi oleh penyanyi Eto dengan 1 - 0.

Kejayaan ini sedikit sebanyak telah membangkitkan mata dunia terhadap dasar pandang ke timur iaitu seperti dasar yang digunakan oleh Malaysia sejak dulu kala. Dan setakat ini masih tiada sumber yang mengatakan ini juga adalah tipu muslihat puak Zionis dan Yahudi dari Gereja Katolik seperti yang didakwa oleh mereka sebelum ini.

Berbalik kepada realiti. Menerusi kertas kajian separuh muka surat A4 yang aku siapkan tempoh hari untuk dihantar kepada FAM, aku dapati bahawa puak Jepun mengamalkan sedikit 'ilmu' dalam seni bola sepak mereka.

Perkara ini sememangnya mengundang kejutan daripada pelbagai pihak. Sehinggakan ada beberapa puak yang berprofil tinggi tercarut dan melatah ketika membaca kertas kerja tersebut. Nama dan jawatan mereka terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara.

Berikut adalah gambar yang menjadi kontroversi. Pengamal ilmu hitam, yoga dan beberapa orang ayahanda PEKIDA, PEWARIS serta RAJAWALI masing-masing telah meminta salinan untuk kajian yang lebih mendalam terhadap 'ilmu' yang dipraktikan oleh pasukan Jepun.


Setakat ini, persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Azhar menamakan gaya ini sebagai teknik rama-rama. Manakala pengulas sukan terkenal, Hasbullah Awang turut berpendapat demikian. Mengulas kenyataan beliau lagi, teknik ini mungkin antara teknik membunuh atau killer technique di dalam ilmu yang di amalkan oleh pasukan Jepun. Buat masa sekarang, beliau menggelarkan ilmu ini sebagai ilmu "memikat bola".

Sekian buat masa ini.

5 comments:

AngahSayang2314 said...

wah ada gak ye seni dilat cekak hehehe angah tak tahu lak

r e n z said...
This comment has been removed by the author.
r e n z said...

ayahanda pon xleh lawan tuh.

die nak tanduk ke nak sepak ke nak tumbuk bola sebenarnye?

hehe hehe said...

amboi dengan silat cekak pun ade ye? amende la ko ngarut ni hehehe

eyemeroll said...

@ angah - dieorang tak kisah dah silat cekak ke apa..janji menang..

@ renz - aku pun tak tahu. nak kata tanduk, jauh kepala dengan bola. Kedudukan kaki pun pelik. Tapi aku syak dia nak tahan bola kot..

@ hehe - sedap mengarut time bosan-bosan nih..