Warna warni World Cup~
***
World Cup sekarang tak macam dulu dah. Peramal perlawanan seperti Shebby Singh yang dahulunya mengekalkan rekod ramalan 100% tak tepat kini tidak lagi meramal. Masing-masing mengaku tiada ramalan yang dapat dibuat. Bola itu bolat. Dan bolat boleh kemana-mana. Kata beliau dan mereka.
Lagi satu kesedihan yang menimpa World Cup adalah ketiadaan gol. Semacam semua team bermain dengan berhati-hati. Konon-kononnya menggunakan stail Mourinho. Padahal aku tengok sume sibuk menyerang. Tapi mungkin para pemain ada masalah silau mata yang agak ketara. Kurang nampak tiang gol. Sebab tu kebanyakan team hanya menang dengan 1 gol.
"Why win 4-0 when 1-0 is good enough?" - Bapak Angkuh Dunia.
Dan perkembangan terkini nampaknya team Chile berjaya masuk ke dalam faveret list aku. Memang persembahan Chile tak layak lagi nak memenangi World Cup. Tapi permainan yang cantik dari kumpulan ini bagi aku adalah satu permulaan bagi Chilean. Untuk menduduki tempat pertama dalam kumpulan selepas 2 perlawanan, dengan Sepanyol (yang digembar gemburkan bakal memenangi World Cup, tapi sadisnya tewas perlawanan pertama) dan Swiss dalam kumpulan yang sama, adalah satu kejayaan yang hebat.
Tak diambil kira lagi keputusan Chile vs Spain. Kalau pun Chile tak lepas ke perlawanan ke 2, ini pun sudah lebih dari cukup.
Oh. Dan ini gambar gadis hot yang aku tak kenal..
No comments:
Post a Comment