Tuesday, June 22, 2010

Jom caci maki MLM

Hari tu ada orang promote MLM kat aku. Penuh janji yang ditabur. Sekali dengar, macam senang je nak kaya. Stail orang MLM. Bercakap bagai raja. Padahal diri sendiri tak kaya-kaya.

Sempat jugak beliau kutuk-kutuk bisnes aku. Aku angguk je la. Orang MLM ni pandai putar belit. Tak guna nak gaduh mulut. Memang aku yang kalah. Cuma mencarut dalam hati aje lah.

***

Tapi, prinsip aku adalah untuk katakan tidak kepada MLM.

Aku budak engineering. Tak amek akaun. Tak belajar pemasaran. Tak tau selok belok ekonomi. Tak kaji langsung pasal pasaran. Cuma aku fikir ikut logik.

Sebab apa aku tak suka MLM..?

Kita main point-point lah .

1) MLM tak lain tak bukan menggunakan prinsip untuk mencari orang. Ramai orang yang kau cari, banyak lah untung kau dapat. Aku memang malas gila cari orang. Bagi janji manis segala. Tak guna semua tu.

2) Aku rasa MLM ni tak membantu langsung kepada perkembangan ekonomi dalam negara. Mungkin lah dia dapat bantu masyarakat jadi kaya, tapi kaya dengan wang semata. Tak mendorong kepada pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa panjang. Sebab apa? Sebab yang dicari adalah orang. Dengan mengaburi orang melalui produk yang dijual. Cuba kau perhati. Setiap orang MLM yang datang, dia cerita keutungan. Memang lah kita kejar untung. Tapi tengok dan perhati cara macamana yang paling senang nak dapat untung melalui MLM. Caranya tak lain tak bukan dengan mencari orang untuk jadi downline. Dan bukannya jual produk yang disebut-sebut tuh.

Ni bagi aku tak masuk akal. Aku tak kisah lah budak bisnes belajar macamana. Tapi bagi aku, bisnes tu hanya berlaku bila kita jual sesuatu. Jual produk dan perkhidmatan misalnya. Bila kita menjadi seorang bisnesman, kita akan berfikir cara nak majukan produk kita. Perhebatkan perkhidmatan kita. Memang kita pada dasarnya nak dapatkan untung je. Tapi, pada masa yang sama, apa yang kita jual tu akan dapat membantu orang lain, meningkatkan kreativiti dan produktiviti. Ni sepatutnya yang berlaku bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Bukan join sistem untuk mendapatkan wang semata-mata.

3) Apa beza Cina dan Melayu? Cina menguasai ekonomi di Malaysia. Sebab apa? Sebab Melayu sibuk fikir macamana nak ajak orang join MLM. Tapi cina sibuk fikir macamana nak buat MLM.

4) Orang MLM pantang tengok bisnes lain. Dia akan cari kelemahan bisnes tu. Bukan untuk lain. Untuk kutuk bisnes tu sambil promote bisnes sendiri dekat orang. Bodoh bukan? Tak fikir luar kotak.

5) Orang MLM pandai cakap pasal objektif dan matlamat. Tapi orang MLM tak pernah bermatlamat tinggi. Hanya fikir nak dapatkan duit, dan cari orang untuk join bisnes. Apa salahnya fikir macamana nak buat bisnes sendiri, bantu negara sendiri?

Sekian. Yang emo nak puji MLM jangan komen. Aku malas layan.

2 comments:

Doriyuckey said...

oh yeh ! aku pon tak suka. menyampah ok. pomot melampau2. ;(

I'm None said...

say no to MLM.... fuc* MLM.... aku dh kne bnyak kali and seperti ko jugak, diorg kutuk2 business aku... tp aku balas balik jer... balas biar kaw2.... business aku snang jer, org akan cari aku... bukan aku susah2 pi cari org...