Inilah rasa yang aku cari.
Diputar manja campuran tadi. Kali ini bertambah lagi satu gelas. Kepala beralun mengikuti rentak putaran. Sudah 2 tahun, sejak dia meninggalkan akademi barista. Selama dua tahun itulah, dikerah keringat, idea. Semata untuk cari rasa ini. Untuk cipta kopi sesedap ini.
Selesai semua, Farith letakkan gelas di dalam dulang. Keluar dari dapur, semerta menuju ke arah gadis di hujung kedai. Riak manis menanti dari tadi. Wajah manja pinta kopi.
"Nah, istimewa untuk Lynn." Farith sandar pada kerusi ditepi. Matanya galak memerhati. Rakus, debar. Menunggu reaksi Lynn.
Kalau wajah meruntun manja, menghiris senyuman di muka. Maka itu hari bahagia. Menu baru akan berambah di Cafe Hartamas itu. Melihat jiwa-jiwa yang tersenyum nikmat setelah menghirup kopi seni tangannya, itu satu kepuasan.
"Waah. This is great!" Senyuman Lynn mula menguntum.
Farith sengih, menahan girang yang berlagu dalam hati. Heh, buah hati sendiri dah puji.
#####
Tapi itu semua dulu, cerita lama. Buat seketika, Cafe Hartamas tak henti-henti terima pelanggan. Molek muda, tua, kaya semua singgah. Semata untuk kecap nikmat kopi seni tangan Farith.
Sekarang, Farith sekadar termenung. Menung basi seorang diri ditengah-tengah ruang kedai kosong. Muka berkerunyut. Entah mana silap.
Tiba-tiba Remy datang memasuki cafe. Nafas tercungap.
"Bos, saya dah tahu bos."
"Tahu apa?"
"Sebab apa tak ada orang datang."
"Haa. Sebab apa?"
"Nah Bos tengoklah sendiri." Remy hulur handphone di tangan. Farith sambut. Facebook terparar.
Kopi di CAFE HARTAMAS telah disahkan haram oleh Jakim. Semua coffee drinks disahkan mengandungi E471 (Emulsifer r 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork). Sila sebarkan. Hubungi JAKIM 03-8886 400 untuk maklumat lanjut.
Farith hela nafas panjang. Cebik bibir. Tangan menggepal tahan amarah.
Melayu, melayu.
No comments:
Post a Comment