Ramai orang, tak, bukan ramai orang, tapi semua orang dalam dunia ni cari kebahagiaan. Kebahagiaan walaupun boleh dilihat dari luaran tapi sebenarnya infinit dalam hati setiap orang.
Sebenarnya lagi, manusia bangun tidur tiap hari Cuma dengan satu misi, iaitu untuk cari kebahagiaan. Kebahagiaan itu sekali lagi walaupun berbentuk infinit, tapi ianya juga bersifat boleh dirasa sebelum dicapai. Ini terjadi dengan melalui proses mengelamun dan khayalan.
Tapi, kebahagiaan juga sebenarnya dadah. Dadah yang lagi hebat dari syabu, lagi kaw dari vicodin, dan jauh lagi bahaya dari ecstacy.
Manusia, walaupun berpangkat imam, meskipun bergelar Sultan, dan mahupun dipanggil Tok Guru, selalunya menjadi mangsa ketagihan dadah kebahagiaan ini. Paling tidak, diawal proses mencapai kebahagiaan.
Cer cerita, cer cerita.
Bila kau lahir dan meneruskan proses tumbesaran, kau bermula dari angka, 0. Bila kau baligh, dah mummayyiz mengikut term pendidikan agama islam dan dah cukup besar, dari situlah kau akan mula menjalani satu pengembaraan ke arah mencapai angka infinit. Dalam erti kata lain, kau tiada apa-apa, dan kau cuba mencari segalanya untuk mengisi kekosongan dalam diri tu.
Proses ini sedikit susah sebenarnya. Tak semua orang boleh lepas. Dan yang lepas tu selalunya ada yang bertuah, dan ada juga yang terpaksa bersusah payah tahap dewa baru nak lepas. Yang tak lepas tu, selalunya give up ditengah jalan. Lalu mula mencaci dan mencari point-point duniawi kononnya dia lagi hebat dari orang yang lepas proses itu.
Itu kita panggil mini kebahagiaan.
Dan seperti konsep orang dulu-dulu, yang tak lepas tu, kita biarkan. Sekarang kita cerita pasal orang yang lepas.
Bila dapat mini kebahagiaan ni, ada pula cabaran lain. Ramai orang yang biasanya akan lupa diri bila dapat mini kebahagiaan ni. Selalunya orang yang bertuahlah lupa diri. Tapi yang kena usaha susah payah pun tak kurang juga yang lupa diri. Inilah yang digelar hanyut pada dadah kebahagiaan.
Kebahagiaan akan akhirnya dicapai bila kau lepas cabaran yang tadi. Iaitu untuk tidak hanyut pada mini kebahagiaan. Kau kena stabilkan mental, kekalkan hati dan pemikiran sendiri bukan hanya untuk sedapkan diri, tapi untuk hidup dengan pemikiran yang baru dengan landasan yang betul.
Tengok betapa bestnya hidup, dah bahagia pun ada cabaran lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment