Tuesday, December 21, 2010

Cerita Pendek (4)

Di tengah kota metropolitan itu, dia berdiri. Sediri seorang diri. Dibasahkan dengan hujan sedap-sedap bahasa. Dia tak ubah seperti orang gila. Orang gila yang sesat dan hilang akibat pembangunan pesat.

Dalam basah kuyup itu, dia merayau. Bukan mencari nasi, jauh sekali dari mencari wang, tapi dia mencari diri. Dirinya yang hilang. Ya, dia kehilangan dirinya. Saat itu, dia sedang rakus mencari identitinya. Siapa dia, siapa mereka? Satu persoalan yang sedang lunak bernyanyi dalam kepalanya.

Apabila buntu, dia mendongak kelangit. Langit luas, hitam, gelap tapi bercahaya. Dia suka. Dia dapat satu perasaan, yang mengatakan bahawa dirinya adalah cahaya dalam kegelapan. Agak mustahil fikirnya. Tapi perasaan tak pernah menipu. Dia tahu.

Dia mula pening, runsing, dan celaru. Fikirannya haru biru. Lantas, dia gagahkan kaki, lari sekuat hati. Dunia ini kejam. Kenapa seberat ini? Apa penyebab ini? Bagaimana bisa dia jumpa dirinya? Dia cuba berputus asa. Kerana apa yang dilihat dihadapannya adalah hitam, tanpa sebarang harapan.

Sedang kuat dia menghayunkan tangan, gagahkan kaki, dia terlanggar seorang gadis. Jatuh terjelopok gadis itu. Begitu juga dia. Dia rasa serba salah. Belum sempat dia membantu, dia terpesona.

Gadis itu, wajahnya ibarat puteri. Kalau ada bulan, dia boleh disamakan dengan bulan. Wajahnya seolah memantulkan cahaya. Rambutnya lembut, irasnya cantik. Boleh patahkan sejuta hati lelaki, dalam satu hari. Fikirnya.

Hatinya berdegup kencang. Begitu kencang. Tiba-tiba dia tersenyum.

Dia silap rupanya. Silap ketika menyangka dia adalah cahaya kepada kegelapan. Dia dah jumpa dirinya. Dan sebenarnya dia adalah kegelapan.

.
.

Dihadapannya itu adalah jawapannya. Ya. Gadis itulah cahayanya.....

Ah. Baiknya dunia, indahnya suasana...

3 comments:

- koroe - said...

ini sudah melampau !

ezzat hachiko said...

your story. indah gila. milo ada aura doing like this. milo got aura. I prefer to call it love aura maybe.

eyemeroll said...

@ koroe - apa yang melampau? ehh, koroe still alive??

@ ty - haish. jangan fikir bukan-bukan...~