Tuesday, September 21, 2010

Terengganu (Super Sirius Entri)

Kalau hari ini aku ada dekat Terengganu.

Aku bercita-cita untuk pergi ke Pulau. Atau sekurang-kurangnya ke Pantai. Sama ada Batu Burok, Tok Jembal, mahupun Chendering. Tempat di mana segala keriangan, ketenangan dan tenaga positif berkumpul. Walaupun suasana mungkin tidak semeriah di kota metropolitan yang besar dan sesak, aku masih merinduinya.

Keunikan di Terengganu adalah lain. Terengganu adalah bandar yang humble. Yang terpelosok di nun satu sudut di timur Malaysia.

Terengganu dicaci dan dikutuk. Semata-mata kerana ketiadaan bangunan-bangunan megah. Kerana ketiadaan shopping complex, cinema, dan sebagainya. Ya. Aku salah seorang pengutuk. Tapi itu ketika mental aku masih mentah, dan ketika diri aku memberontak dengan kota sendiri. Sebab aku rasa ketika itu Terengganulah yang mengokong aku. Terengganulah yang menyebabkan pemikiran aku tidak bebas dan global.

Tapi aku silap.

Perbandaran dan pemodenan merupakan satu keperluan. Tapi bukan satu kewajipan. Terengganu boleh membangun seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Tapi identiti Terengganu bakal lenyap. Lapuk dek kemodenan. Hilang angkara ketamakan dan kejahilan.

Lihat saja di Kuala Lumpur. Usah dibandingkan apa yang Terengganu tiada. Sebab terlalu jauh dan rendah darjatnya. Tapi, bandingkan apa yang Kuala Lumpur tiada.

Kuala Lumpur punyai bangunan yang megah. Mercu tanda berdiri gagah. Menunjukkan kepada warga dunia, kita setanding dengan mereka. Kuala Lumpur punyai berpuluh shopping complex. Sesuai dengan keperluan masyarakat metropolitan yang kerpeluannya tiada batasan. Terengganu akur. Tidak setanding di situ.

Tapi. Adakah Kuala Lumpur mempunyai nilai nature yang tersendiri? Tidak. Ianya telah hilang dan tenggelam di arus pemodenan.

Tapi, Terengganu masih mengekalkan keunikan alam semulajadinya. Memang tak semua orang yang menghargainya, tapi masih ramai yang menginginkannya. Malahan, manusia memerlukannya. Jika punyai wang dan keinginan, Terengganu boleh mengupah arkitek, jurutera dan mereka yang mahir bagi membina bangunan megah. Tapi, tak kisahlah dengan kepakaran berapa puluh tenaga kerja professional pun, Kuala Lumpur tak mungkin boleh membina dan mencipta alam semulajadi seperti yang ada di Terengganu.

Seluruh warga Malaysia tahu. Dari mana datangnya sumber paling berharga negara, iaitu minyak. Satu sumber yang ditagihkan oleh seluruh penduduk kota, malahan dunia. Sila kaji dan kira, berapa keuntungan kasar Petronas, dan berapa pula royalti yang dibayar kepada kerajaan Terengganu.

Jadi, boleh sahaja negeri ini membangun. Mudah sahaja negeri ini lupa diri. Tenang saja negeri ini membazir wang demi hiburan rakyat jelata.

Tapi perlukah itu?

Terdapat 1 bangunan Shopping Complex terbiar terletak di tengah-tengah pusat bandar K. Terengganu. Pada awalnya, setelah kira-kira 50% proses pembinaan siap, bangunan ini terbiar sekian lama. Namun, setelah bertukar tangan kerajaan, projek pembinaan diteruskan. Uniknya, setelah siap, bangunan ini bersambung terbiar kembali. Hanya terdapat 2 3 premis yang menjalankan perniagaan.

Tanyalah kepada rakyat Terengganu. Apa ceritanya bangunan ini? Tak siapa yang tahu. Dahulu mereka memberontak, tapi sekarang mereka sudah hilang minat. Mereka hilang keinginan. Nyata mereka masih boleh menikmati hidup mereka tanpanya. Jelas, bangunan ini keperluan. Tapi bukan kewajipan.

Jadi, walaupun Terengganu pada amnya dicaci dan miskin kononnya, tapi aku tetap rindukan Terengganu yang kaya dengan nilai, budaya dan 'nature'nya.

Mungkin sebab aku dilahirkan di Terengganu. Dan sudah pasti, Terengganu dan aku ada "chemistry".

8 comments:

iyliaH said...

mesra mall ke??dulu i study dungun!hehe..tp kan,1 hing yg best about trgganu ialah kehidupan yg sederhana n relax!..

- koroe - said...

wahh..u remind me of my negara terengganu..

kan baru ni kite baru je g pata untuk riyuniyen yg paling best atah muke bumi ni op..haha..

iyliaH said...

excuse me..terengganu is negeri,bukan negara!!hehe..
tp,pntai trgganu mmg nice :)

- koroe - said...

bkn ke terengganu ni negara pada satu mase duulu..b4 join melaysia.kan kan kan..
tapi,pantai teganu mmg best dikala malam.byk berlaku fenomena alam yg chantek..yeah..toes up 4 da 3gp..

orang-orang said...
This comment has been removed by the author.
orang-orang said...

mesra mall ade kt KT ey?
ooo..

nur said...

bandaraya kuala terengganu.. (tiba2)

eyemeroll said...

@ iylia - Yup. Terengganu ni humble.. Pantai dia memng top class..

@ fakrul - oh. reuniom di pantai! kah3x

@ orang2 - kat kemaman la..yang aku cita ni yang lain. Dekat KT.

@ nur - Ganung!