Thursday, September 30, 2010

muzik dan study.

Dato Fadzilah Kamsah merupakan salah seorang tokoh pemberi nasihat yang aku kagum.

Semua nasihat dia berasas. Tak terlalu mengikut dan menekankan teori semata. Tak banyak petua-petua seperti "kita seharusnya bla bla bla.." mahupun "kita sepatutnya blablabla".

Jadi, bila dia mengeluarkan satu teori nasihat yang sirius. Aku pun sirius.

Dia kata, jangan study sambil dengar lagu. Sebab apa? Aku tak ingat. Tapi mungkin sebab tak berkat. Seingat aku lah. Kalau salah sila tokok tambah. mungkin jugak sebab otak kita tak boleh nak hadam 2 input pada satu masa yang sama.

Aku tak berkemampuan untuk melawan. menuduh teori itu tidak berasas adalah satu tindakan kurang siuman. masakan aku berdaya hendak melawan teori yang dikeluarkan oleh tokoh pemberi nasihat. Sedangkan beliau di mata aku seorang yang terlebih otai.

Apa yang aku buat? Aku ikut cara-cara saintis dan jurutera. Cuba aplikasi pemikiran dan gaya ahli sains.

macamana?

Apabila ada masalah macamni, kita kena buat eksperimen. Kan dah ada objektif, jadi mudah.

Caranya, aku sebagai subjek. Dan muzik sebagai apparatus serta laptop sebagai instrument. Procedure? Study!

Aku pun dengan penuh semangat dan tawakal memulakan sesi pembelajaran tanpa kehadiran apparatus iaitu muzik.

Hasilnya, tak sampai 5 minit aku mula tidur.

.
.
.
.
.

Lagi cepat aku tidur berbanding 10 minit dengan kehadiran muzik.


maaf Dato'. Saya terpaksa tolak teori Dato'.

5 comments:

- koroe - said...

berlaku sedikit error di situ.sile jgn wat eksperiment malam2.faktor cuaca/keadaan skeliling juge penting.sile repeat experiment mase pagi,ptg,malam,b4 exam,lepas exam

dapat result,cari mean,standard deviance,blablabla...


pk balek ehh..

ezzat hachiko said...

HUHU! this one, I stand by your side. Chewaahhh~~ HAHa!! Maybe doc ada sebab2 tertentu why dya cakap its not good to listne while U studying. But for ME! Its impossible. Coz bagi aku, muzik kita punya generator nak gerakkan minda. But depends on person. Some prefer nak yang senyap2, style ak lak, lagi rancak lagi masuk . Lagu slow, alamat mmg kompem ak khayal @ tido. ;)

eyemeroll said...

@ fakrul - aish. lupa pulak. tapi biar la, aku kena buat eksperimen time aku bese study. orang lain try buat eksprimen time dia study ye. haha

@ ty - betul2..ada jugak yang nak kena senyap. kalau aku, untuk subjek hafal kena senyap gop. hehe. tapi mostly subjek aku mengira jadi perlukan muzik!~

ezzat hachiko said...

haha. Aku semua subj menghafal. Tapi mmg dulu study bio i need music. donno why. HAhah. Math i need to stay focus. Tidak akan ada bunyi "Argggghhhhhh.. " btw, thnx sharing.;)

eyemeroll said...

haha..kita terbalik!