Wednesday, July 7, 2010

Rumah Bujang, Hidup Bujang

Rumah bujang dengan kehidupan bujang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagai laptop dan internet. Sama juga seperti macintosh dan apple. Ok. Itu diluar topik.

Aku tak tahu macamana aku boleh lupa. Tapi ini aku anggap pengajaran. Dasar pelupa. Padan muka...

Apa yang aku lupa?

Aku lupa sistem uitm begitu unik. Pattern kelas nya diwarwarkan tidak semacam universiti lain. Universiti lain start kuliah 12 hb. Uitm pula 5 hb. Jelas kelainannya bukan? Tapi itu pada dasar fizikal dan di atas kertas semata. Uitm sayangkan pelajarnya. Universiti ini menggunakan sistem yang lenient kepada pelajar. As long as student feels good. Jadi, sebenarnya kuliah uitm tetap bermula pada 12hb. Dan yang menyakitkan hati aku adalah sebab aku lupa akan fakta yang precise ini. Fakta yang tepat dan penting. Lagi penting daripada fakta politik dan world cup.

Jadi, buat kejadah apanya aku balik awal-awal 4hb? Ini tidak masuk akal. Membazir masa, wang dan emosi. Boleh menyebabkan keretakan mental dan juga kecacatan fikiran.

Dan. Apa kaitannya dengan perkataan bujang di atas?

Disebabkan kuliah yang hakiki dan realitinya bermula 12hb, jadi aku terpaksa hidup dengan gaya bujang di rumah bujang dengan aktiviti yang kosong sementara tiba 12hb ni...

Terlalu dasyat untuk dibayangkan...

No comments: