Thursday, April 29, 2010

Menyingkap Konspirasi Barca VS Inter xKlusif

Aku rasa hari ni aku pecah rekod. Update terpantas. Aku usha dalam eurosport pun belum ada sebarang update lagi. Peh.

Bukan nak mencarut ke apa. Aku masih memegang motto berentri dengan professional. Se celaka mana sesuatu itu, jangan terbawa lebih-lebih. Itu kata orang tua-tua.

***

Tapi.

Kad Merah. Gol Offside.

Tak nampak macam konspirasi kah? Serius aku tak puas hati bai. Terus terang aku cakap, sepanjang aku hidup, game tadi paling buat aku sakit jantung. Kalau aku da ada sakit jantung, mau dah masuk ICU. Gila saspen, penuh ketensenan.

Possesion bola tak perlu dicakap. TV tipu. Dia cakap 86% Barca , 14% Inter. Tapi apa yang aku nampak 99% Barca, 1% Inter. Nampak tak gap dia? Tak perlu pandai matematik mahupun kalkulus untuk membezaknnya.

Sampaikan inter main 100% defend. Dengan hanya berbekalkan 10 orang pemain di atas padang, menentang Barcelona, tak semua team mampu survive. Arsenal tewas 4-1 meski bermain 11 - 11.

Tak perlu aku nak cakap pasal corak permainan. Inter main tak ada corak langsung. Bahkan 0 shot on goal rasanya.

So, aku rasa agak menarik jika dilihat dari sudut Barca.

11 orang pemain. Termasuk Adik Messi yang gila celaka dia punya skill. Melawan Inter. 10 Orang. Barca menyerang selama 94 minit. Tapi, hasilnya 1 gol. Dan ingin aku tegaskan disini bahawa gol itu amat jelas lah bahawa offside.

Di mana agak nya silap nya? Kelab no. 1 di eropah kah ini kawan-kawan? Haha

3 comments:

kaxx said...

Team kuat mana pun kalau dah lawan dengan team anti football. Pakai formation 5-4-0 memang tak boleh pergi. Chelsea pun dah pakai taktik ni. So, tak genius mana lah Mourinho. Ha ha.

eyemeroll said...

Dah tetiba dapat kad merah. Gol offside. Macamana lagi nak menang. ye dok? He He

komentar said...

x offside la..pemain inter ade sebelah sana..tahniah kpd inter bermain corak super defensive..