Saturday, February 27, 2010

Pejam Celik ..

Minggu ni akhirnya hampir sampai ke penamat. Detik yang aku tunggu sejak hari Isnin hari tu lagi. Minggu yang memenatkan sememangnya bukan minggu faveret aku.

Tapi agak menarik, sebab bila aku terlampau sibuk dan terpaksa melupakan beberapa benda yang aku biasa buat, baru aku sedar betapa beruntungnya aku sebab dapat buat benda tu.

So, konklusi atau review bagi minggu ni..

1)Test ada 2 lagi. Harap-harap dapat jawab semua. Diulangi. Dapat jawab semua. Bukan betul semua. Heh. Optimis betul aku!

2)Hari tu Inter Milan menang. Eh. Silap. Mourinho menang. Chelsea kalah. Penyokong-penyokong Man U & Arsenal yang agak ketagih nampaknya nak kutuk aku sebab susah nak dapat peluang tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengutuk aku hari tu.. Tapi agak sia-sia sebab aku tak rasa apa-apa. Malas lah aku nak bagitahu aku sokong siapa time tu. Nanti dituduh tak tetap pendirian lah. Apa lah. Ikut suka hati korang la...Tapi yang pasti team aku dah masuk suku akhir. Lalala~

3)Aku hairan. Gila cepat duit aku habis seminggu ni. Ada sapa-sapa tahu cara nak tambah kan duit tak? Oh. Saya tahu. Sila tekan nuff di atas. Semoga tuhan membalas jasa baik anda.

4)Minggu depan, 6hb ada gig dekat UMT. Monoloque ada perform sekali. Patut ke aku pergi? Duit dah nak habis....Tapi siyes aku ketagih kat band tu.

5)2 cerita aku bajet nak tengok minggu ni, "The Book of Eli" & "True Legend". Tapi tak sempat. Tak sangka aku ada sedikit kesedaran untuk mengahadapi test.

6)Ada orang suggest suruh aku cari awek. Ada siapa-siapa nak rekemenkan? Aku gagal bab ni.

7)Malam ni Chelsea lawan Man City. Aish. Silap lagi. Terry vs Bridge. Yang mana jelas Bridge telah kalah. Sebab Terry lagi mengancam. Tu mengikut perspektif ex makwe Wayne Bridge la.

Se professional mana dieorang boleh jadi ek, kalau dah sampai tahap awek dan bini ni...

8)Akhir sekali. Sapa-sapa ada tips nak elakkan malas study, sila kongsikan dengan aku yep.



Moga aku menjadi lagi rajin daripada diri aku yang malas ini.

2 comments:

qistina said...

tak perlu cari awek, buat penat otak je. hehehe

eyemeroll said...

@nina-ada pengalaman nampak. Hehe