Facebook semakin hari semakin pelik.
Mungkin disebabkan bagi melayan karenah pengunjung facebook yang rata-ratanya terlampau bosan dengan realiti. Lalu mereka lebih sanggup duduk dihadapan laptop dan mencipta perkara yang jika difikirkan dari akal logiknya, langsung tidak perlu dicipta.
Contohnya.
1) Pillow Fight.
Ini aku rasa memang bosan tahap cipan. Dengan menggunakan sedikit akal logik dan mengaplikasikan KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kreatis) yang dipelajari sewaktu sekolah dahulu, mereka berjaya menjadikannya antara 'application' yang paling femes.
Dah la tu, sesuka hati mak bapak dieorang pulak nak conteng diding orang lain dengan gambar bantal. Aku rasa dieorang jugak mencabuli hak asasi manusia dengan mengajak orang lagi bergaduh dengan menggunakan bantal. Yang mana jika difikirkan dengan akal logik, langsung tiada bantal yang terlibat. Sebaliknya hanyalah dengan beberapa "kelikan" mouse.
2) Flowers for You.
Aku tak tahulah kalau ni cara mamat-mamat macho nak save bajet ke hape. Tapi apekejadahnye nak send bunga bunga kot facebook ni. Kalau bunga betul tu tak apa lah. Masauk akal lah jugak. Ni sekadar gambar bunga. Dah la kecik. Kalau aku google gambar bunga aku boleh dapat yang lagi besar rasanya...
Memang aku tak nampak sangat motif "application" ni. Bukannya mahal sangat pun bunga hidup kat kedai. Kalau tak mampu sangat pun, bunga kat divider jalan tu berlambak. Sila cabut mana satu. Demi awek tak apa. Sure tak kena saman. Bapak bandaran tu mesti faham punyalah!
3) I love Chocolate.
Ala-ala Flowers for You. Cuma bezanya yang ni Coklat. Sesuai untuk buat orang lain terliur.
Ada banyak lagi lah yang "application" yang mengarut kat facebook ni, cuma tak sempat aku nak selidik.
Kalau bab Kuiz tu toksoh dikata lah. Takde satu pun aku jumpa yang masuk akal. Cuma kadang kadang aku suka, sebab dia boleh buat aku release tension. Ha ha
7 comments:
i hate pillow fight apps..
fuck pillow fight..
ade sokmo natang beruk hok wehi post pillow kt wall aku dlu..
lening adop doh..
hahak..
macam haram kalau sorang sampai 5-6 pillow bagi dekat aku.
aku siap buat group lagi anti menatang ni dekat fb. haha.
gua minat join
group i hate / i love
haha .
haha.. menci tol ak ngn menatang tu.. nak hit ngn pillow.. xde rase ape2 pn wakakka
@fakrul-bukan dulu mu suka bagi aku menda tu..? haha..
@macha- tu lah pasal. kadang-kadang penuh satu page dengan kejadah ni.
@kaxx- ko dah tahap anti sangat-sangat tuh..nanti aku join..haha
@fezal- group kurang-kurang nampak la jugak berguna kan...
@fiffy- tu la..main klik-klik je pom..
haha...mmg doh pom...
yg serabutnye wall kite gak jadi mangsenye kn...
mcm2 application kluar kat wall....
Post a Comment