Tuesday, February 23, 2010

Jangan Bayar Untuk Cetak Rompak

Tajuk seperti yang dikemukakan diatas.

Sebagai perhatian umum, ingin dimaklumkan bahawa entri ini tidak dibayar, ditaja mahupun dihasut oleh mana-mana pihak. Dan aku bukanlah sebaik-baik umat untuk menyeru ke arah kebaikan lebih-lebih lagi melalui blog yang aku guna untuk melalut sakan.

Ok. Entri bermula.

Dulu time aku sekolah, aku gila ketagih dengan kejadah cetak rompak ni. Nak nak CD cetak rompak. Fuh. Pantang betul.

Tapi cetak rompak pun, guna duit jugak. Dan faham-faham lah, income aku time sekolah tak lebih dari 3 ringgit sehari. Yang bermakna 15 ringgit seminggu.

So, aku kena pandai-pandai berjimat. Semata-mata nak beli CD cetak rompak seminggu sekali. Tu sume kes nak tengok cerita lah. Time tu tak ada lagi astro kat rumah. Apa barang tengok Tv 1 , 2 dan 3. Fikir aku.

Tapi tu dulu. Time aku kenal komputer sebagai alat bermain game semata. Asal jumpa komputer, aku install game. Tak kisah ape jenis game. Aku install je. Buleh tak buleh main, kedian kira. Kalau tak boleh main jugak, aku main Emulator King. Game lagenda aku dulu-dulu.

Sekarang lain. Google. Torrent. Serah. Dah jadi dewa bab download mendownload. Tapi tu kat rumah lah. Bila internet selaju kelajuan basikal[streamyx]. Kat kolej, internet macam kereta sorong. Kejap-kejap pancit. Apekejadah nak donwload?


Dan aku dapat lebih dari tu tanpa bayar...


Dulu, bila aku beli CD cetak rompak. Aku tak pernah puas hati dengan kualiti dia. Selalu gambar wayang. Bila tengok cite tu, kau perlukan imaginasi lebih dari analitikal. Kau kena pandai-pandai imagine sendiri gambar yang real. Sebab kadang-kadang kau nampak hitam je. Tak nampak apa-apa!

Tapi sekarang bila aku download, gambar pun gila clear. Kadang-kadang HD. Fuh. Nikmat lah aku cakap. Toksoh kata movie, drama pun sume HD. Memang mantap.

Sebab tu lah, sejak aku mula nampak kebodohan dalam membeli CD cetak rompak, aku bertekad tak akan bayar untuk CD tu lagi. Baik aku download..

Ya. Download masih lagi cetak rompak. Tapi kualiti lagi hebat. Dan tak payah bayar..Kalau aku malas sangat nak download, aku beli. Tapi yang ori...Pirate? Sorry beb..



p/s- Agak-agak kalau puak KPDNHEP baca tajuk entri aku ni, dieorang terpikat tak?

4 comments:

r e n z said...

saya sangatlah bersetuju dengan anda 400% : )

- koroe - said...

sy rase pihak pengeluar dvd/cd/blu-ray/kaset/tape/piting itam/dll,
sepatutnye mengeluarkan dua siri keluaran..ori dan lanun.
kalo org bli lanun nye pon dia kompem untung..nk tgu org kite bli ori..?
haha..pikir sdri ah

macha_sezs said...

diorang suka tajuk kau, tapi lepas tu saman kau lepas baca entry kau.

heh.

eyemeroll said...

@renz- ko memang kaki download..haha

@rul- bijak idea anda!

@macha- Haha. Jangan Malaysia jadi Singapura sudah.