Thursday, December 24, 2009

Robert Frost-2 Roads

Hari ini cuaca mendung. Dah seminggu keadaan begini. Macam biasa, Ayub tetap aktif di dalam kamarnya meskipun cuaca begitu.

Biarlah cuaca mendung, hujan ataupun cerah. Dia kool sahaja. Tidak gusar. Cuma janganlah petir. Nanti tidak keruan dibuatnya.

Wajah Ayub hari ini sugul. Tidak seperti orang mati bini. Tapi seolah-olah orang mati akal pikiran. Tak terdaya befikir lagi.

Pantang orang tua-tua mati akal pikiran.



"Fikir selagi boleh. Kau anak jantan. Dan Si jantan tak mudah mengalah. Biar kau tidak mampu melangkah. Tapi pastikan kau sentiasa mampu berfikir."



Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinga Ayub. Pesanan ayahnya itu sentiasa tersemat di hati.

Tapi kini dia benar-benar buntu. Buntu mencari jalan penyelesaian. Dia seolah-olah sampai ke 2 jalan yang bercabang. Jalan yang tiada berpapan tanda. Sama seperti sajak Robert Frost. Jalan itu tiada nama. Tiada papan tanda. Tiada apa-apa. Tapi Ayub tahu. Kedua-dua jalan itu ada perangkap. Jerangkap samar barangkali. Mungkin periuk api. Mungkin juga perangkap tikus.

Ah. Memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan dia pening.

Tetiba akalnya kembali berfungsi. Dia kembali ligat berfikir. Hoh.



Tok Moh! Tok Moh!



Nama dukun itu bermain-main di fikirannya. Tidak dikira lagi syirik. Tidak dikira lagi kufur. Dia bertekad. Tok Moh buleh membantunya. Ah. Cuma meminta pertolongan. Tidak mengapa barangkali. Ujarnya di dalam hati.

Lantas dia berlari ke keluar rumah. Tidak lupa dia memakai selipar Crocs hadiah daripada yang istimewa itu hari. Setelah disautnya Crocs tersebut, dia berlari dengan pantas ke rumah Tok Moh.

Tok Moh hairan melihat muka Ayub. Berpeluh. Pelik. Muka yang penuh dengan misteri. Seolah-olah mengharapkan Tok Moh mengungkai misteri tersebut.



"Saya ada hajat Tok Moh..saya tak tahu lagi macamana nak buat keputusan. Tolonglah Tok Moh"...



"Oh. Itu kacang aje. Cakaplah. Asal ada pengeras. Tok Moh sedia membantu..."



"Begini Tok Moh..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Saya buntu. PS3 atau Xbox 360 yang patut saya beli? Duit ptptn banyak lagi tak habis ni....."

Lantas Tok Moh buat buat bizi. Angkat telefon. Panggilan penting kononnya.....padahal berdering pun tidak.....




p/s- Streamyx aku dah kembali ke pangkuan jalan. Mudah-mudahan tak buat hal lagi......

2 comments:

eik`S noName said...

apekejadahnye nih???haha

eyemeroll said...

rilex.aku tgh berlatih ni..haha