Tuesday, December 1, 2009

Membaca

Pemikiran remaja dan belia kita sekarang ni bagi aku terlampau cetek dan pelik. Ada yang terbawa-bawa idealisma barat, taksub dengan ideologi-ideologi mereka.

"Live the life to fullest."

Aku syak mat rempit, mat gian, dan segala apa mat kecuali "mat kacau" dan "mat despatch" terbawa-bawa dengan ideologi ini.

Sekarang ni, dalam pandangan remaja kita, membuat satu kebaikan seolah-olah menjadi satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mandatori. Malah, dieorang dengan sesuka hati mak bapak dieorang melabelkan golongan yang membuat perkara ini dengan terma terma mereka sendiri. Seolah-olah mencerca dan memandang rendah terhadap mereka walhal dari segi kepala otak yang logiknya, mereka yang mencerca inilah yang sewajarnya dicerca.

Ada yang mempersoalkan kata-kata aku ini. Di mana logik dan realistiknya kata-kata itu..?

Satu contoh paling ketara adalah membaca.

Suatu perkara umum, golongan yang terlampau asyik dengan buku dan sentiasa belajar 24 jam 7 hari seminggu dilabel dengan golongan nerd. Benar. Golongan ini tiada life. Aku sokong.

Tapi apa salahnya dengan membaca? Sumpah aku tak faham. Macam mana boleh dalam dunia ni dieorang kata golongan yang membaca ni nerd. Masih menjadi tanda tanya.

Kalau dieorang datang kutuk aku direct macam tu, aku boleh bagi 1001 sebab mengapa membaca lagi bagus daripada aktiviti anak-anak manusia ala beruk yang dieorang buat. Nak hadis, ayat Al-Qur'an, semua aku buleh bagi. Nak bukti kajian pun aku buleh bagi.

Apakah merempit lagi bagus dari membaca? Anak ikan keli pun dapat agak jawapan dia.


Ramai lagi yang anti membaca. Aku tak nak salah kan dieorang. Mungkin dieorang ada alasan sendiri. Ada yang bila tengok buku je terus tertido. Nak buat macamana, dah penyakit dieorang. Aku sedikit bersimpati.



Tapi bagi aku membaca sebenarnya memberi satu kepuasan. Semuanya bergantung pada bahan yang dibaca. Kalau lelaki baca novel romantis, gelarlah dia berjiwa sensitif. Aku pun tak faham kenapa novel jadi pilihan. Tapi kurang-kurang dia membaca. Menjana minda. Membuka lubang-lubang idea di dalam kepala otak kita.

Pabila aku rasa macam kosong. Boring. Sunyi. Aku pilih untuk membaca.

"It's fun to view something from someone else perspective."

Selagi kita tak membaca, selagi itu minda kita akan terus tertutup. Selama itulah kita akan terus terperap di dalam perspektif kita.

Bagaimana kita melihat dunia? Begitulah selama-lamanya. Mungkin ada diantara kita yang tunggu pengalaman untuk mengubahnya. Tapi mengapa harus kita tunggu sesuatu itu terjadi dahulu sebelum mengambil pengajaran dan membuat perubahan?

Fikir fikirkan.

4 comments:

macha_sezs said...

arhhhhhh!

kenapa blog ko ade tulisan2 berat macam ni???

hahaha~

macam ni lah bro, tak semua orang ada kapasiti otak macam kita. maka, tak semua orang sokong budaya membaca. sirius, ada orang yang berpendapat baca la macam mana pun, kalau dah bodoh tu , bodoh jugak. dan memang ada orang yang ta...............



cilaka.aku boleh buat entry baru daripada komen ni.

eyemeroll said...

haha.

Saje mengetest.
Da lame aku nk tulis berat-berat
Cuma tak mampu.
Dan kekeringan idea..


Bagus2. Kekreatifan ko membolehkan ko mencipta entri bila-bila masa.Ho Ho.

dyla said...

wah2 ayat... mengakahkan ayat cg nawi nie.. bukan senang seseorang nak mulakan 'habit' suke m'baca.. x rmai sedar kepntgn m'baca.. klu ad yg tegur psl 'bdk nerd' tu lbh baek tegur scra baek.. ajak r dorang bace skali..hahaha.. byk pahala klu kta ajak orang kenal erti m'baca..manelah tau kot2 hati dorang akn t'bukak utk minat bace2 nie..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

"..dan selamat beramal!"



aku suka gila pasal 'membuat satu kebaikan seolah-olah menjadi satu kesalahan'.

dorang rasa rebel tu hot kot?