Wednesday, December 9, 2009

Dari Retina Si Pemuda yang Teruna

Dalam usaha mencari sesuatu bagi meligatkan putaran di sekitar otak, kadang-kadang kita memerlukan sesuatu yang unik dan juga pelik. Macam entri ini.


Dari Retina Si Pemuda yang Teruna.


Jiwa perlukan kebebasan. Supaya tidak mudah memberontak. Inilah agenda utama. Namun sayang, falsafah dan fahaman dunia membataskan itu. Kebebasan itu sentiasa terbatas.

Pemikiran tidak harus tersekat dan terbatas pada perspektif biasa manusia. Kita perlu melihat dunia dari sudut yang mengancam dan juga kreatif. Usah biarkan pandangan lama terus menekup muka kita, lantas membutakan kita daripada pandangan modernisasi dunia.

Usah terlalu mudah menerima sesuatu. Adakan kemusyikilan sedetik seketika. Persoalkan kewajaran dalam setiap perbuatan. Fahamkan. Dan kemudian serasikan fahaman itu dengan prinsip serta pemikiran. Akhir sekali, wujudkan konklusi sebagai rujukan diri.

Jangan gentar menerima perubahan. Seandainya panas, usah takut sekiranya hujan menjelma. Salji yang turut datang jangan dipersoalkan. Perubahan itu satu kemestian. Tapi jangan lupa untuk mengikut rentak perubahan. Menarilah bersama irama. Fahamkan, serasikan dan ikut satu persatu. Di akhiran,berusahalah bagi mewujudkan rentak dan irama sendiri.

Yang penting, kita ini berjiwa remaja. Harus sentiasa peka terhadap perubahan. Selalu inginkan kemajuan. Sentiasa dahagakan cabaran. Bersedia menghadapi dugaan.

-Salut-






Maafkan aku seandainya anda tidak faham entri ini. Kepala sedang ligat~

4 comments:

qistina said...

"Pemikiran tidak harus tersekat dan terbatas pada perspektif biasa manusia"

betul, sebab tu lah sekarang kita tengok ramai anak melayu yang tersimpang jauh dari agama..kadang kerana mmg permikiran tu tersekat dek mentaliti yang sempit, dan kadang pulak (lagi teruk a ni) takde ruang untuk pemikiran langsung..

perspektif tanak diluaskan, apa ilmu yang disuap, yang tu lah yang dia telan, padahal tak tengok ilmu tu betul2 pun..itulah yang jadik kalau otak tu malas nak digune..betul dok?

and sebab ni lah agama dijadikan sebagai satu ajaran from parents and elders, dan bukan sebagai cara hidup..ilmu yang disuap tanak dinikmati n dipeljari, just telan pahit2..sebab tu lah islam x dinikmati...
ok sori byk ngat melalut...banyok g nok komen tapi next tym ah.

amirul mmg ade talent as a writer lah, u better keep it up and write more often, then i'll read it more often gok lah...kudos :)
wslm

eyemeroll said...

hoho..first time orang komen panjang gini.

sokong2 ayat tuh..bila pemikiran dah disempitkan..takde ape lagi lah yang boleh buat..

trimas2..nina punye entri pun agak unik..hehe..

qistina said...

hehe..so i'm hoping that sume otak kite x sempit eh.

later nina blog walking lagi...
....................wslm

eyemeroll said...

hehe..mudah mudahan..

orait..same-same la kita blog walking..hehe