Kalau ikutkan mood, jangan harap aku update blog malam ni. Mau aku maki maki orang kat tepi. Malangnya sume dah menyepi.
-------
Game tadi. Aku tak tahu lah nak komen apa. Chelsea main bagus. Kawalan bola kemas. Cukup kreatif. Gerakan pelbagai. Jauh sekali lah kalau nak banding time lawan Manchester City hari tu.
Tapi kenapa result 3 sama?
Jawapan aku. Tuhan yang menentukannya. Lagi satu, tuah tiada bersama Chelsea. Sejujurnya lah bagi aku, everton tak layak pun nak rasa seri. Tapi realitinya dieorang seri. So, seri lah.
Abang Drogba arini bermain cukup hebat. Kagum Mak Cik Cleaner Stadium tu tengok. Siap duk terbayang nak buat menantu. Padahal anak takde pun. Okey. Berbalik kepada Abang Drogba. Aku rasa skill die dah agak mengagumkan sikit sikit. Tadi ada 2 3 kali dia pamer skill. Hebat sunggoh! Tu pasal hari ni score 2 gol.
Okey, pemain seterusnya yang harus dipuji malam ni adalah Anelka. Mamat ni acap kali turun naik turun naik padang. Banyak jugak dia hasilkan gerakan menarik. Last-last dapat jugak die score 1 gol malam ni.
Kelemahan Chelsea malam tadi mungkin sebab bek yang longlai. Ashley Cole & Ivanovic bagi aku agak okey. Tapi Carvalho & Terry. Agak lembap. Dieorang lah yang aku rasa bertanggungjawab untuk gol yang ke 2 dan ke 3 everton.
Everton entah ape ape. Dieorang patut buat kenduri kesyukuran. Entah macamana tanpa serangan direc, tanpa gerakan yang menarik, dieorang dapat score 3 gol.
Gol yang pertama cantik. Aku tak nafikan. Hasil daripada free kick. Gol yang kedua. Hasil daripada corner kick kalau tak silap aku. Yang pasti bukan serangan direct jugak. Begitu lah jugak gol ke 3. Hasil free kick lagi.
Saha tak buat apa-apa, tapi score. Hebat bukan? Itulah Striker sejati. Bila dah tamat jurusan yang terakhir, tak perlu lagi transform jadi orang Saiya sebelum score. Bola akan datang dengan sendirinya, menyerah diri untuk disumbat ke dalam gol.
Dari segi analisis kasarnya tanpa melihat kepada game, Chelsea dah mula goyah. Kehilangan rentak. Dulu 4 game direct menang besar. Sekarang 4 game direct tanpa menang. Apekejadahnya?
4 comments:
First i want to say, well done on new header. I like that. Nice.
Second, apa jadah Cech tahan bola masuk gol sendiri.
Dan jadahnya Drogba pegi tanduk bola kena Saha? Striker duduk atas la. Pegi jadi bek buat apa.
Haha. :))
deng xraso bek salah.
tp drogba hebat bangat dong.
dia bg super gol kpd saha.
super back header.
hohoho
Haha. Cech nak buat cmne.. Free kick tu cantik sangat.
Drogba tu terlampau excited. Hoho. Da die tengok Terry & Carvalho tak buat kerja, die pi la tolong. Sedar-sedar score..Haha
Oh. Header tu. Trimas. Hehe
@dang jawo- aku syak die sepakat tuh...tak pun drogba kasihan kat si saha tu..haha
Post a Comment