Friday, November 13, 2009

Ludah Penyokong

Bila kita main bola, biar bersungguh.

Yang paling penting adalah semangat.. Jangan main kalau sekadar nak bermain-main.. Jangan pulak dipaksa bermain kalau tak mahu main. Mau nanti merajuk dalam padang. Naik gila pengadil. Mula la jurulatih menyamar jadi linesman. Tak ngaku team sendiri. Apekejadahnye?

Bila main, bola kena jaga. Pergerakan biar berseni. Gabungkan logik dan seni supaya menjadi satu. Bila dah bergabung, jangan lupa semangat setiakawan.

Bila main, tunjukkan yang kita ni manusia. Bertamadun. Beradat. Jangan disepak kepala lawan. Jangan dipeteh lawan yang tak melawan. Jangan ditanduk lawan yang menunduk.

Kita main sama lelaki. Jadi buat biar nampak game lelaki. Game anak-anak jantan. Game anak jantan tak perlu kasor-kasor. Tak perlu tumbuk sana tumbuk sini. Asal macho. Tu la game anak jantan. Macho. Diulangi. Macho.



Jangan jadi macam Kelantan. Main ntah apa apa. Diludah pulak oleh penyokong sendiri.



Isu berbangkit sebab Kelantan telah sah didenda.

4 comments:

macha_sezs said...

malas dah aku nak cerita pasal bende memalukan ni lagi.

haish~

eyemeroll said...

aku dah terbaca balik kat utusan..
jadi lagi malu..tak puah ati den..

Anonymous said...

amboi...sdap dy mngate org klntn ye....

eyemeroll said...

@hoh..sy tidak mengata orang kelantan..tapi mengata penyokong kelantan yang pergi stdium dan buat kacau shaja.hehe