Thursday, February 10, 2011
Kisah Gadis Gila Kucing
Ketagihannya terhadap kucing, sudah mencapai tahap infiniti. Dia, bila terjumpa kucing, kadang-kadang boleh jatuh hati. Kucing, fikirnya, adalah peneman sehidup semati.
Sampailah bila dia berjumpa dengan L. L, seorang jejaka kacak. L, berambut lebat. L, bermata bulat. Dan mata L, biru, sebiru awan nimbus. Lalu, dia fikir, inilah kucing dalam jelmaan manusia. Lalu dia fikir, L lah, peneman sehidup semati.
Hendak dijadikan cerita, dia jatuh hati pada L. Dan, seperti dia, L juga jatuh hati padanya. Lalu, dia dan L, cuba untuk bercinta ke hujung dunia. Bila dia bersama L, dia rasa bahagia. L telah curi hampir lebih separuh dari hatinya. Tapi, secebis lagi hatinya, dia simpan buat kucing comot, fetish berahinya sejak sebelum dia mengenali L lagi.
Buat beberapa ketika, berbahagialah dia dan L. Ibarat cinta Beckham dan Posh, begitulah cinta L dan dia.
Namun, semuanya berubah bila dia mengetahui bahawa L, lelaki idamannya, merangkap kekasih hatinya, yang juga pemilik lebih separuh dari hatinya, rupanya elergik pada kucing. Saat itu, dia rasa, jiwanya bagai dimamah anjing-anjing bulldog yang liar. Dia, menangis. Air matanya yang jernih ibarat kristal menitis, tik, tik, tik jatuh ke bumi.
Tika itu, dia sedar. Dia perlu pilih, sama ada L atau kucing. Dia sayangkan L. Tapi, itu tak bermakna dia boleh melupakan kucing. Siapalah dia tanpa kucing dahulunya. Apalah erti kehidupannya tanpa si comot dahulunya. Dia mula terbayang mata biru kucing comot kesayangannya. Dia, mula rindukan gelagat-gelagat nakal si comot yang berbulu lebat.
Dalam penuh kecelaruan. Dia mendongak ke langit. Dengan jiwa yang penuh kekusutan, dia akhirnya memutuskan keputusan. Dia, nekad. Biarlah, fikirnya. Air matanya, terus berderai jatuh ibarat manik-manik putih yang tercerai daripada ikatan.
Dia keluarkan telefonnya, dan segera menghantar mesej kepada L.
**
" By, sorry. Baby tpksa pilih comot. By trllu baik utk baby. Hllkn mkn minum ya. Bye! "
Wednesday, February 9, 2011
Bola, Chelsea dan AF.
Dunia bola sepak sekarang tidak ada bezanya dengan dunia artis-artis AF. Semakin bosan, hambar dan kadangkala buat aku rasa loya.
Satu sebab absolut mengapa aku rasakan bola sepak semakin kurang menarik perhatian aku adalah kerana kehilangan momentum pasukan Chelsea dan Real Madrid, yakni satu pasukan yang kononnya telah mengalir semangat pasukannya dalam jiwa aku, dan satu lagi pasukan yang mempunyai jurulatih yang boleh buat aku teruja.
Chelsea, jika dilihat pada prestasi sekaarang, dan jika kita fokus pada realitinya, memang susah kalau nak jadi juara EPL. Tapi kalau setakat Top 2 dan Top 3 memang tiada masalah. Chelsea bukanlah Liverpool. Dan meskipun Chelsea tewas kepada Liverpool sama ada away atau home, itu bukanlah bermakna Liverpool lebih hebat daripada Chelsea. Dunia bola tidak boleh ditentukan dengan beberapa formula matematik seperti kalau A menang dengan B, bermakna A lagi hebat daripada B. Tidak ya. Tidak. Dan perlu diingatkan, Chelsa masih dilandasan tepat untuk jadi juara.
Cuma, dengan dimiliki oleh seorang kapitalis berdarah yahudi yang kaya raya, kegilaan membeli kadang-kadang boleh menjadi masalah. Mungkin, sekarang terlalu awal untuk membuat beberapa prediksi tetang keberbaloian Chelsea membeli Torres , yakni hero pujaan peminat Liverpool, satu masa dahulu. Tapi, secara hukum hakam akalnya, Chelsea tidak memerlukan Torres sedikit habuk pun.
Chelsea, is fine without Torres. Sebab secara taktikalnya, bukan penyerang yang menjadi masalah Chelsea, tetapi barisan pertahanan.
Jika kita boleh imbas seketika ketika perlawanan Chelsea vs Liverpool tempoh hari, kita akan dapat melihat 2 perkara. Satu, barisan pertahanan Chelsea tidak begitu kuat persefahaman. Lebih-lebih lagi dengan Goalkeeper. Tak percaya, sila rujuk insiden Cech dan Ivanovic. Keduanya, Torres adalah seperti kerbau gila yang diikat dengan rantai besi. Cuba untuk menggila bersama Abang Ba, tetapi pertahanan Liverpool menyebabkan dia tak boleh kemana-mana. Tapi, seperti yang aku kata, mungkin sekarang masih awal untuk membuat prediksi mengenai Torres. Siapa kita untuk menghukum pemain pada game pertamanya di kelab impiannya?
Soalnya, perlukah Torres? Mengapakah Torres? Dan kenapa tak Alexis Sanchez?
Jika Ancelotti tetap merasakan yang barisan penyerangnya adalah masalah utama sekalipun, kenapa Torres? Apa salahnya jika bertaruh pada Alexis Sanchez? Jika kita undur dan kaji permainan Sanchez dengan Chile sewaktu Piala Dunia tempohari, aku berani jamin, he’s way more better than Torres.
Apa-apa pun, aku tetap berani bertaruh, Chelsea bakal menamatkan musim ini dengan ranking lagi top dari Liverpool. Kah3x.
Friday, February 4, 2011
Dia, lupakan kubur.
Di suatu sudut, secara tiba-tiba dia ternampak cermin. Cermin ayahnya.
Dia, dengan segala keringat, cuba berdiri dengan susah payahnya.
Dan.
Di situ, pada cermin, dia terlihat.
Dia,
Tanpa dibaluti sehelai kain yang halus,
Begitu hina sehina syaitan halus.
Dia akur, tetapi cuba mencari ruang untuk bertafakur.
Dia, pelaku dosa, yang lupakan kubur,
Dia, manusia hina, yang dulunya takbur.
Dia, kini jatuh tersungkur.
Thursday, February 3, 2011
Hati, tanpa pencuri, tiada seri.
Wednesday, February 2, 2011
Kisah Si Gadis Pendek &Tumit Tinggi
Aku yang ketika itu di dalam kekalutan tapi berlagak kool, mula bertukar kepucatan. Ah. Celakanya. Tumit tinggi lagi!
Aleya, bukanlah sebiasa-biasa gadis. Dia, cantik. Dia, ego. Dia, demanding. Tapi, dia pendek!
Dia seolah-olah watak Princess Fiona di alam fantasi Shrek. Cantik dan ego, pastilah berkarekter. Tapi, karekternya lain, dan ikut waktu. Seperti Princess Fiona yang bertukar menjadi Shrek bila sampai waktu. Begitulah dia.
Ego Aleya perlu dikawal. Jika tak dikawal, habis. Punah ranah, hancur robeklah segala.
Itulah Aleya. Dan, dia kini, dihadapan aku. Bertumit tinggi. Tumit tinggi tanda egonya makin meninggi. Habis.
Ceritanya, pagi tadi Bibik Hasmiah terlambat bangun tidur. Bibik Hasmiah terlayan fantasi mimpi, sampai lupa bangun pagi. Lalu, tak sempat sedia sarapan pagi. Aku kata, tak apa. Lain kali jangan lambat lagi. Tapi, Aleya tak puas hati.
Dia masuk bilik, merajuk.
Dia kata,
Bibik Hasmiah orang Indon. Demand gaji tinggi. You kata tak apa. Dia buat hal, you kata tak apa. Tapi, I minta kasut tumit tinggi Jimmy Choo you kata tak boleh. You kata I membazir. I nak sokong buatan malaysia aje. Itu pun tak boleh? Apa you lagi sayang indon dari malay? Lagi support bibik dari bini?
Aleya, bila marah tak boleh dilawan. Jadi, aku biarkan dia dengan perasaan, tinggalkan seorangan.
Perempuan, tak pernah tak komplikated. Sedangkan, dalam fantasi berahi aku sekalipun, perempuan yang hadir pasti yang komplikated. mungkin takdir aku dengan perempuan yang komplikated, atau sememangnya setiap perempuan adalah komplikated. Aku sendiri tak tahu. Ah. Komplikated sungguh!
Tapi, sekarang Aleya datang pejabat. Dengan kasut tumit tinggi.
Aku syak dia nak mintak Jimmy Choo lagi.