Friday, October 30, 2009

Rutin Pagi



"Wonderpet..wonderpets..kami datang...

Membantu anda dalam kesusahan..."



Alarm aku berbunyi. Aku segera terjaga. Mata mengantuk, muka cengih. Masih tak nak berpisah dengan katil. Aku cintakan diaa..tidaaak!...Jangan pisahkan aku dengan katilll...

Tapi aku masih lagi waras. Lantaran itu, aku mengambil wuduk dan lekas solat.

Selepas selesai solat, aku membuka laptop. Aku ingat pesan orang tua-tua, juga sunnah nabi kalau tak silap aku, kalau tidur lepas subuh, rezeki kurang.

So, tengok jam, baru 6.30...

Tak tau nak buat apa, aku pun layan fifa. Ni baru fifa, belum PES lagi. Lawan lawan dan lawan, macam biasa, aku menang 3-0. Hebat sekali game tu. Oh, world class difficulties ye tuan tuan.

Selesai main, jam menunjukkan pukul 6.45....awal lagi, desus hati aku. Aku pun online la plak. Bukak facebook, eurosport, check emel..Komen kat belog orang, komen kat wall orang, dan sewaktu dengannya.


Rakus sekali aku on9..


On9 on9 dan on9..tengok jam dah 7.30.

Alamak. Dah lambat. Segera aku pun bersiap. Mujur toilet tak ramai orang. Mungkin sebab aku dah lambat kot.


Setelah selesai.






Aku pun berangkat pergi dewan untuk menjawab exam.......

Thursday, October 29, 2009

Percubaan Pertama

Karim diam. Mukanya jelas tak puas hati.

Crew production lembap. Tak produktif langsung. Memang Karim pantang dengan sikap demikian.

Kemudian Karim menjengah tempat lepak designer plak.

"Opocot" Karim melatah.

Terkejut beliau melihat muka designer seko-seko. Macam hantu. Mata lebam. Rambut tak terurus. Macam mat gian pun ada.

"Awok mung amek dadoh?" Karim cuba berjenaka.

Lantaran jenaka Karim itu, semua mata tertumpu kepada Karim. 5 mata bertentang 1. Tapi Karim lebih garang. Sebab dia yang bayar gaji. Jadi memang dia yang menang.

Ahh..Dieorang dah takde sense of humor. Pikir karim...

Karim membetulkan kot dan spek matanya.

"Aku dop puah ati dengan design sek sek mu. Wak balik. Aku nok siap esok. Kalu dop, mu sume "are fired"

Karim menunjukkan sifat tegas.

Wajah designer tak berubah. Dah letih dieorang berusaha. Tapi still design dieorang kene reject. Muka dieorang dah terlampau letih nak tunjukkan reaksi. Sudah 10 design dieorang buat, semua kene reject.

Lepas Karim pergi...



"Wattahel la bos tu"...

"Chiisi. Ini punya olang r, baik pergi mampos tau."




Tapi dieorang sedar. Dieorang makan gaji.....




Esokkannya dieorang present design ke 11 dieorang.

Menepati konsep, kemas, simple dan versatil. Takde sebab lagi Karim tak bersetuju dengan design demikian.

"Ini design kitorang." Dah takde tenaga lagi dieorang nak present. 3 hari berkerja keras.

Dalam masa 3 hari, 11 design dah dicipta. 10 direjek tanpa banyak soal.

Ringkas gila presentation diorang. Karim menjeling.

"You orang, belajar sampai SPM ke degree?" Takde slang lagi. Karim menunjukkan sifat professionalnya.

"Design macam ni, aku boleh buat tau tak? Aku nak yang lain dari yang lain! This is rubbish!" Ujar Karim. Kembali menunjukkan ketegasan beliau.

5 designer melihat sesama sendiri. Sorang daripada mereka mengunci pintu bilik mesyuarat tersebut. Karim keseorangan, di hujung meja.

Seraya itu, 2 orang designer tadi memegang bahunya. 1 orang merapati Karim dan mencungkil matanya. Perutnya ditoreh. Diperah pula limau nipis. Sorang lagi datang dan meleset garam.

Karim hanya mampu menjerit.

Aku kekeringan idea nak buat jalan cerita yang menarik. Aku makin kurang kreatif sejak dua menjak ni. Ahh..tapi aku berjaya membuat cerita ini. Apapun, inilah percubaan pertama aku.

Wednesday, October 28, 2009

MAHU KAYA?



PERINGATAN : INI BUKANLAH IKLAN SEBENAR

ANDA KEHABISAN DUIT?!


PERLUKAN DUIT SEGERA?


Jangan Bimbang!

KAMI ADA JALAN PENYELESAIANNYA!!

Cerita SUSU ANAK :

"Macamana ni bang, susu anak kita dah habis. Duit dapur yang abang bagi minggu lepas pun dah habis. Saya buat pergi beli baju baru. Dah lame saya mengidam tau. Ni ada sepasang lagi tak beli ni. Kasi la duit bang...Kang saya ceraikan abang baru tau."

Cerita HUTANG :

"Hutang kita dah keliling pinggang ni bang. Tak cukup pinggang abang, pinggang saya pun dah penuh jugak..... Saya tak kisah. Tapi sebelum abang meninggal, pastikan abang bayar habis dulu ea. Senang sket saya nak cari laki baru"


ANDA MEMPUNYAI MASALAH DIATAS?

JIKA YA!

ANDA DIJEMPUT MENYERTAI MAJLIS PENERANGAN KAMI!!


JANA WANG RM 5000 dalam masa 3 HARI!!!!



"Hebat benor!" Ujar Muniapathy Sanagaram Sinigula A/L Raju


Pasti anda pernah melihat iklan seperti ini. Sure pernah.


Begitu tertarik sekali bukan?


Sampai ada yang bila tengok iklan ni, siap plan nak berenti kerja. Nak buat full time. RM5000 dalam masa 3 hari. Pergh. Tak lame lagi aku lagi kaya dari Tony Fernandez.! Eiii!~~Beznye.

Sampai begitu sekali.


Tapi..


Tau tak kenapa top 10 orang paling kaya di Malaysia hanya ada 1 orang Melayu?










Sebab iklan di atas.





Asyik nak cari jalan mudah. Nak kaya cepat.
Sampai lupakan prinsip dan hukum dunia.


*Tapi kalau anda bermurah hati, anda dijemput mengklik iklan di belog ini. Jasamu amat dikenang.

Tuesday, October 27, 2009

Poligami

Pagi-pagi buta lagi aku dah naik bas. Jauh benar perjalanan aku kali ini. Dungun merupakan destinasiku. UiTM Dungun untuk lebih tepat. 91KM jauhnye. Jauh gile.

Dalam perjalanan, aku buat keluar MP3 Sony aku , pasang earphone berhampiran gegendang telinga, dan zass..aku melayan radio.

Aku dah agak boring dengar lagu yang ada dlm mp3 aku ni, radio je jarang layan. Layan skali skala bez gak.

Aku dengar HotFM. Aku agak tertarik dengan tajuk perbincangan HotFM arini, iaitu POLIGAMI yang berdasarkan kisah benar yang bermula daripada si suami mengenakan panggilan hangit kepada si isteri.

*Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu panggilan hangit - ianya adalah panggilan yang dihangitkan.

Serius bebenar pagi tadi. Tapi bez. Macam-macam komen. Yang gune alasan lama pun ada. Malas aku nak terangkan satu persatu. Aku tak sempat dengar sampai habis pun segmen tuh.

Tapi.

Okay. Aku ON kan mood serius.

MODE: SERIOUS

Aku single. Walaupun pandangan aku boleh dikotak katikan , aku nak beri pandangan jugak.

Aku nak akui kat sini. Kaum lelaki memang suka bercerita, bercakap atau mengarut tentang poligami. Ada yang cakap tanpa sebarang reaksi, ada jugak yang bercakap just untuk bergurau, dan ada yang cakap tanpa fikir langsung. Dieorang punye mulut, jadi dieorang punye suka. Korang punye telinga, pandai-pandai jaga.

Tapi jarang sekali kalau kita nak jumpe lelaki yang bercakap, atas dasar tanggungjawab dan memang beliau nak berpoligami.

Niat tu mungkin ada la kot nak berpoligami. Tapi jarang kita jumpa. Kalau jumpa pun, sorang 2 je yang berpoligami. Zaman sekarang la maksud aku.

Sekarang ni aku nak bercakap atas pikiran aku sendiri. Bukan atas dasar lelaki. (Tapi aku lelaki!)

Bagi aku, poligami tidak lebih daripada sekadar percakapan untuk gurau senda, dan sebagai pemanis mulut.


Poligami? Hell no! --> Mood Serious


Satu sebab je aku tak nak berpoligami.

Aku kedekut.

Kalau aku dapat gaji tinggi, katakanlah 5 ribu. Tinggi tuh. Lagi tinggi dari gaji pembacuh teh tarik dan penebar roti canai. Berdasarkan realiti la...

Bini ada 2. Anak ada 12.

Rela aku hidup membujang macam tu...........

Saturday, October 24, 2009

Test 2/2

Masuk je dalam dewan.

Mission 1 : Cari port sesuai.

Aku mengintai di seluruh sudut dewan. Memerhati sambil membuat penelitian. Dengan begitu rakus dan berhati-hati, aku kaji seluruh sudut tersebut. Setelah beberapa ketika, aku jumpe jugak tempat strategik untuk meniru. Ditengah dewan, belah kiri sekali.Ssudut terpencil.

Mission 2 : Teman

Port yang sesuai semata-mata adalah tidaklah memadai. Boleh dikatakan sia-sia. Aku perlukan teman. Teman yang kamcing. Kamcing dan bijak. Tapi tidak kedekut ilmu untuk dikongsikan bersama. Aku suka teman macam ni. Sanggup memberi tiru dan meniru. Pemikiran ala komunis.

Mission 3 : Tanda tempat untuk konco

Semalam aku tensen time study. Buat 1 soalan, tak dapat. Buat soalan lain, still tak dapat jawapan. Rasa macam nak gigit je tupperware kat atas meja. Sayang roomate aku xde. Kalo tak dah lame aku sumbat tupperware dalam mulut die.

Dikala itu jugak sorang mamalia msg aku.

"Ko study Tuto 31 - 37. Aku study 38 - 44. Kita bagi-bagi jawapn esok"

Dengan penuh keserian dan keriangan dimuka, aku membalas..

"Orait"

Maka, bermulalah rancangan meniru yang terakhir. Sumpah yang terakhir kali. Sebab test ni la test terakhir tok sem ni.

So, aku kene cari port untuk beliau dalam dewan ni.

Pusing kiri, dah ada kawan aku yang aku set nak tiru, Tengok depan, dah ada si gadis manis tapi kurang jelita, Pusing belakang, ada mamat yang muka macam tengah tahan berak. Pusing kanan, dinding. Opps. Aku ada masalah. Tak sempat nak buat pape, test dah pun start. Beliau tak datang lagi. So, bye bye my plan.....

Kesudahannya..

Akhirnya, aku tidak meniru. Sebaliknya kawan aku yang aku set nak tiru tu plak yang meniru aku. Siot betul. Tapi takpe, kurang-kurang aku ada teman nanti kalau aku fail test ni.

Konco aku untuk meniru plak? Tak habis habis marah kat aku kes tak simpan tempat. Aku buat-buat tuli. Slamber.




Jom meluncur bersama Barney~

Friday, October 23, 2009

Test 1/2

Test tadi....

Aku tak tau kenapa. Tapi aku berpuas hati. Nak kata aku dapat jawab. Mungkin semua dah tahu memang aku tak dapat. Tapi, deria aku yang ke 7.5 mengatakan semuanya berjalan dengan lancar.

Ada sedikit kekecewaan sebenarnya. Tak. Kecelakaan yang berganda to be exact.

Ada sesetengah student yang dah tau soalan. Direct soalan kuar. Bukan takat tau circuit apa yang masuk, tapi siap tahu macamana rupa bentuk circuit tu skali. Siot betul. Aku rasa nak sumpah kat dieorang.

Bukan nak sumpah sebab dieorang menipu. Dieorang nak menipu, dieorang punya pasal. Takde kaitan dengan aku.

Aku nak sumpah. Sebab dieorang tak share dengan aku. Katandang* (refer kat bawah)..



Cubaan meniru?



Kali ni aku terus terang, aku meniru.

Sumpah, aku tak ingat jawapan kepada soalan tu. Bukan tak ingat, tapi tak tahu dengan tepat. Dan kalau aku tak jawab soalan tu, ianya akan memberi efek kepada semua jawapan aku di atas kertas tu. Begitulah bahayanya soalan tu.

Soalan tu senang. Tapi aku tak dapat jawab. Aku agak menyesal la jugak. Tapi mujurlah aku dapat meniru dengan jayanya.



Soalan tu berbunyi..





"Lecturer's Name: .........."





Aku tahu name manja die je. Kang aku tulis name manja, lain plak jadinye...

*Katandang - Merujuk kepada dialek orang Terengganu di celah-celah daerah Manir. Biasa diungkapkan bila-bila masa dieorang nak guna. Maksudnya? Aku sendiri tak tahu.

Thursday, October 22, 2009

Peristiwa Jam 8 Pagi...

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


Pagi-pagi bute dah buat announcement. Ayam pun tak sempat nak berkokok lagi..

Selang 1 minit..

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


Darah aku membara...Darah muda macam aku ni mmg pantang dicabar...Nak-nak time aku tido...

Tapi aku sabar..Menandakan iman aku masih kuat...

Baru je nak sambung tido balik....

"Perhatian kepada semua penghuni kolej gemia yang tidak terlibat dengan kelas pada pagi ini, anda diwajibkan untuk menyertai program JOM KEMAS UiTM Dungun. Kegagalan anda menyertai program tersebut akan menyebabkan kemudahan kolej anda pada semester hadapan akan ditarik balik"


"WOII..Mak Bapak tak ajar ke suh hormat sket orang tido!!!"...


Tensen aku. Aku bertempik pun, bukan diorang dengar...Nak tidur..dah tak de selera...

Tak terfikir langsung aku nak join program tu. Biarlah mahasiswa-mahasiswa yang jauh lebih berguna daripada aku yang serta. UiTM ni dah cukup kemas bagi aku.

Ahh..nanti kang dieorang [orang kolej] datang bilik ke bilik...Aish..Aku mula runsing..pikiran dah tak tenang...



So..buat masa ni....

.
.
.
.
.
.
.
.


Aku sedang on9 di dalam almari.....

Wednesday, October 21, 2009

Tips untuk Study

Bile aku study math, biasanya aku suke makan chewing gum.

Kononnya dengan berbuat demikian, sel-sel otak kita akan lebih aktif.
Ada logiknya perkara tersebut. Aku tidak belajar bio, tapi aku tahu perkara tersebut.


Jadi


Bile aku study semalam, aku pun menguyah la Mentos Chewing Gum yang berharga RM1.20 (boleh didapati di mana-mana kedai runcit berhampiran anda)


Tapi bile aku berhadapan dengan soalan yang celaka.
Aku mula gelisah.
Bile gelisah, aku try untuk buat-buat slamber.
Konon-kononnye aku boleh jawab soalan ni..


Aku pun menguyah la dengan lebih pantas.
Disamping dengan harapan yang sel-sel otak aku akan jadi lebih aktif.

Dari segi matematik dan logiknya, sepatutnya begitu. Lebih pantas bermakna lebih aktif.


Tapi


Hasilnya..



Mulut aku jadi letih.



Dan bila letih....






Aku pun tido......


Metafora Kehidupan

Jangan klik butang pangkah yang bertanda X.

Kerana, anda telah sampai ke destinasi yang tepat.

Anda sebenarnya tidak sesat.
Tidak tersalah URL.
Tidak tersalah taip.
Tidak mengingau mahupun bermimpi.

Inilah blog yang dahulunya dikenali sbg..

The Rolling Eye's


Cume..selepas sedikit touch up..

Dan make up..

Setelah aku bedak-bedakkan (Silky Girl) ia sedikit..
Pakaikan maskara (Maybelline)..
Buat facial (RM30)..

Maka..wujudlah..



"Metafora Kehidupan"..



SEDIKIT NOTIS

Sekiranya anda pembaca setia blog ini, atau pun sekadar melawat, anda dijemput untuk beramai-ramai menekan-nekan ads di sekeliling blog ini.

Sekian Harap Maklum.

Monday, October 19, 2009

Hari yang berjaya

Semalam aku angkat laptop baru. Menggantikan desktop ku yang otai.

Aku angkat laptop TOSHIBA Satellite L510. Core 2 duo, dgn ATI Radeon graphic. Boleh tahan la jugak..

Kenapa bukan dell atau acer mahupun HP?

: Acer sux. Dell no luck. HP not a good choice.

Kurang-kurang boleh aku lepas geram main game. Graphic laptop ni agak power, COD 4 pun slamber dek je bleh main.

Hari ni plak, aku dapat bonus., Kelas batal. Bermakna satu hari aku free.

So, macam biasa, sbgai seorang mahasiswa, kita kene ada gaya mahasiswa. Pemikiran kena matang. Segala tindak tanduk haruslah di plan terlebih dahulu. Supaya masa pada hari ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Jadi, tanpa berlengah masa, aku pun plan la.

Kita lelaki takde la buat plan kene tulis-tulis. Takdela buat jadual stady siap print lekat kat notis board. Sume letak dalam kepala je. Yang penting disiplin. Heh, aku cukup berdisiplin. Agaknye la.

Kalau diikutkan, test Jumaat & Sabtu ni. Hari ni baru hari Senin. Stadi awal-awal ni agak tak praktikal bagi aku. Malam nanti la jenguk-jenguk nota skit. So, aku malas nk fikir panjang-panjang, dah dapat peluang, aku pun menghadap la laptop aku.

Tengah-tengah syok main, sedar-sedar dah zohor. Seraya dengan itu, marila sorang makhluk tu, menyapa aku dari belakang, tanpa memberi sebarang salam mahupun ucapan alu aluan. Style makhluk zaman sekarang kononnye..

"Oii..Kuiz esok ko dah stadi?"

Fuuh. Suaranye merdu. Lunak sekali. Tapi kontra benar dengan isi ayat itu. Kuiz..Dengan ligat neutron memproses perkataan KUIZ di dalam benakku.

Seraya dengan itu juga aku hampir mencarut. Tapi iman aku masih kuat. Mencarut itu berdosa. Jadi aku pendamkan ayat itu.

"Oh, malam nanti aku stady r"

Selambe je aku jawab. Padahal kepala dah pusing. Malam ni aku dah ada plan. Tapi esok kuiz.

Selalunye kuiz ni aku tak pernah kisah mane pun. Tapi markah Test 2 aku hari tu cukup membanggakan sekaligus membuatkan aku ketandusan markah.

Jadi aku pun tukar plan, petang kene stadi.

Lepas solat zohor, sblm stadi, aku layan fifa dulu, baru stadi lepas tu. Fikir aku.

So aku pun main la game. Main, main, dan main, Tengok jam.
.
.
.
.
.
.

6.30

.
.
.
.
.

Begitulah berjayanya aku pada hari ini. Dan sekarang sibuk melayan FB n Blog.

Jadi, apakah kesudahan kehidupan mahasiswa yang pandai membuat plan ini? Ikuti sambungannya di URL yang sama, jam yang berlainan, dan pada hari yang ikut suke beliau nak tulis entri hari ape.

Update yang pending

Update kali ini sedikit pending.
Mungkin terlewat 2 hari kalau kita kira ikut normal.
Kalau kira secara tak normal plak, agak merumitkan, jadi aku x nak kira.


Chelsea kalah 2 - 1.


Update kali ini pending bukanlah kerana aku malu. Bukanlah kerana aku sedih. Dan bukanlah kerana aku tidak mahu menjawab kritikan-kritikan penyokong liverpool mahupun yang anti-chelsea. Tiada sebab diatas merujuk kepada sebab update ini pending.

Secara overall, aku boleh katakan aku berpuas hati walaupun Chelsea kalah. Bagi aku mungkin faktor LUCK sedikit memainkan peranan. Dari segi taktikal, Chelsea tumpul di bahagian serangan, atau mungkin Aston Villa bermain dengan bagus. Aku tidak lihat game tu dari sudut Aston Villa, jadi aku tak dapat beri apa-apa komen mengenai permainan A.Villa.

Chelsea bermain bagus. Aku puji diorang. Dieorang sume kreatif. Seolah-olah diorang melukis diatas padang. Cukup cantik lukisan mereka. Pergerakan mereka tidaklah begitu sukar diagak, tapi dalam bentuk yang menarik. Membuatkan pihak lawan keliru.

Hasilnya, Chelsea sebenarnya menguasai perlawanan. Chelsea juga menguasai possession bola. Di bahagian tengah, Chelsea menguasai sepenuhnya. Sebab tu aku puji permainan Chelsea kali ini.

"Footbal is a game of passion."

Jadi, perasaan benci, berdebar-debar, dan sayang yang teramat sangat itulah yang membuatkan game ini menjadi sebati dengan diri anda. Sebab itu hari anda mungkin terasa seperti celaka apabila team anda tewas. Meskipun anda tidak mendapat apa-apa pulangan berbentuk wang mahupun kasih sayang daripada sokongan anda itu,, bola memang sebati dengan diri anda..

Friday, October 16, 2009

Jangan Tunjukkan Kebodohan Anda Dengan Berlagak Bijak

Aku tak kisah kalau ada orang nak berbangga depan aku..
Tunjukkan kepandaian beliau..

Aku tak pernah kisah..
Kadang-kadang kalau aku kisah pun..
Aku buat-buat tak kisah je..

Kita idup ada prinsip. Baru boleh maju.
Dan aku memang berpegang kepada prinsip.

Jadi aku cukup pantang kalau aku jumpe orang yang bertentangan dengan prinsip aku.


Pantang.


Kalau anda benar-benar terer, aku akui ketereran anda.
Kalau aku jelez sekalipun, aku still akui ketereran anda.

Mudah kan prinsip tu?

Yang menyusahkan...

Kalau anda tak terer.
Tapi,
Buat-buat macam terer.

Itu aku cukup Pantang.

Tolongla brader.
Kalau kite dah tak terer.
Jangan la buat-buat terer.
Belajar la dari orang yang betul-betul terer.

Jangan nak tunjuk pandai la. Sebab tu akan menunjukkan betapa bodohnye diri kita.
Cuba berlagak depan orang yang lagi pandai adalah satu sifat yang amat bodoh.

Jangan berangan nak bercakap,
Kalau ilmu kita tak ada.
Jangan plak suke-suke menambah sendiri ilmu.

Kita tak pernah tahu betapa susahnye satu benda tu.
Dan kita tak akan tahu macamana cabaran sesuatu benda.
Melainkan kita pernah rasa sendiri benda tu.

Bercakap dan lihat.
Tidak boleh membuktikan apa-apa.

Jadi tolonglah..
Jangan tunjukkan kebodohan anda,
Dengan berlagak pandai.

Tuesday, October 13, 2009

Dikala final exam mula menjelma...

Lagi 2 minggu sebelum Final Exam bermula. Kertas aku yang pertama bakal dijadualkan pada 30 Hb. Kertas Bel (English) je pun. Kacang je. 2 subjek killer plak duk hujung-hujung jadual.

Last paper 13 Hb. Alhamdulillah, dapat jugak aku balik awal sem ni. Turn aku nak membabaikan mereka yang telah babaikan aku pada sem 1 dan 2 dulu. Aku nak rekod video nanti. Biar diorang jelez.

Aku ada perasan la jugak, kalau dulu, student-student kat sini pasti tidak lari dengan perangai buruknya. Tapi skang ni, berubah dalam sekelip mata. Tak lain tak bukan, masing-masing duk berdebar dengan final exam.

Dieorang patutnya tiru contoh aku, relax je..Stay calm. Test 2 mat hancur, tapi tetap relax. Takde tanda-tanda menyesal, mahupun tanda-tanda nak study. Entah bile aku nak berubah.huhu...

Ahh, sebelum aku terlanjur topik,...Inilah antara perubahan di kampus aku yang sememangnya jarang dan mustahil sekali untuk berlaku...

1. Library penuh. Tapi senyap. Takde langsung suara-suara yang lari pitchingnya. Muka orang kat dalam tu plak seriyes gile. Macam dah takde perasaan gembira lagi dalam dunia ni. Macam perasaan Harry time berjumpa dengan makhluk yang jaga Azkaban tu.

2. Malam-malam kolej sunyi dan sepi. Kalau malam-malam yang biasa, pasti ada bunyi kanak-kanak terencat akal. Pasti ada yang menjerit. Diselang seli pula oleh deruan saki baki mercun yang belum habis. Ada jugak jenis yang berkaraoke dalam bilik. Satu set karaoke cukup lengkap. Rasa nak sepak-sepak je muka beliau yang berkaraoke tu.

3. Bilangan couple berdating mula berkurangan. Boleh dikatakan satu keajaiban, tanpa kehadiran ahli ahli dakwah mahupun ustaz-ustaz, mereka tidak lagi bersama-sama. You jump.,Fine.. I find another one later.

4. Food court sentiasa penuh. Dulu penuh orang dating. Tapi sekarang, nak kata berdating, macam tak logik. Satu meja 10 orang. Aku pun heran macaman boleh muat 10 orang. Slalunya aku duduk 4 orang pun dah tak cukup kerusi. Yang lagi hairan, saiz xxl pun ada jugak kat situ.

5. Bilik lecturer sentiasa penuh. Ini memang keajaiban. Dulu bilik lecturer sentiasa kosong. Sampaikan lecturer boleh tidur atas lantai je kalau tak sempat nak balik..Dah sure takde orang ambil kisah... Takde orang langsung yang nak jenguk. Skang ni, asyik-asyik ada student lawat. Ada tu lawat sekadar nak borak-borak kosong. Takde soalan pun nak tanya. Loyar buruk la tu.

6. Kaki tidur skang ni jadi kaki stadi.


"Ko buat pe mat? Tido ke?"

"Tak ah. Stadi"..

"Apa?!..Stadi??

Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini.....
"

Sampai ada yang ingat dah nak kiamat.


Aku? Sentiasa relax. Hidup kene enjoy...Aku pegang prinsip tu.....lalala~

Ahh..entri kali ini tiada gambar...Harap maklum. Tak sempat nak upload.

Monday, October 12, 2009

Douchebag


"You're really a douchebag!"

Terngiang-ngiang kata itu di telingaku.


Aku terdiam tanpa sebarang kata.




Pasrah...




Menandakan aku mengakui kesalahan aku.
Bila salah, mengaku. Baru lelaki sejati..fikir aku...




Siapa suruh aku ponteng time sekolah dulu..

Time kelas bel..aku tido.
Lecturer suh beli kamus,
Aku beli tetikus baru..


Tapi aku tetap tak puas ati..

Aku masih tertanya-tanya...

.
.
.
.
.
.
.

Douchebag tu apakah bendanya?

Jenama beg barukah? Seperti jenama prada dan polo kah?.....

Sunday, October 11, 2009

Salam 1.0

Tadi aku dah tertekan enter lepas tulis tajuk. Maka terpostlah tajuk Salam tanpa sebarang isi.
Aku malas nak delete yang tadi..Teruskan saje dengan tajuk Salam 1.0..

Cerita Bermula...

Hari itu hari jumaat. Aku masih ingat dengan jelas..Ya, aku yakin lagi pasti.

"Baru 2 hari lepas kot.....bukan 2 bulan lepas pun" Balas satu suara..

Ahh..Ikut suka aku la...blog aku..ko pedulik ape..baru dramatik beb!

Sambung cerita.

Pada hari jumaat, semua manusia muslim yang berjantina lelaki khususnya akan pergi ke Masjid.

"Hari ini cukup special. Kerana, walau semalas mane pun malaun itu untuk ke masjid, nak tak nak, hari jumaat, die tetap kene pergi masjid..." Terang tok guru aku.

Penuh bersemangat die memberi penerangan. Berurat tekaknya...Terketar-ketar tangan dan badannya..Bersemangat benar orang tua ni..Ujar aku dalam hati...

"Jap..tok nak ke tandas...dah tak tahan sangat ni.."

Cis. Tak tahan nak kencing rupanye. Patutlah badan terketar-ketar. Gelisah semacam. Macam nak sepak-sepak je aku tengok. Tak reti nak duduk diam.

Berbalik kepada tajuk asal, hari jumaat aritu, seperti manusia muslim lain, aku ke masjid. Biasanya masjid UiTM..tapi hari tu Masjid Kampung..sebab aku balik.

"Pantang cuti, mesti nak balik.."

Ahh..Itu adalah kata-kata mereka yang jeles. Sedikit pun tidak memberi efek kepada aku. Tolonglah, buang sifat jelez itu. Ataupun, terus terang je korang jelez. Takyah mengcover diri anda lagi.

Sambung lagi cerita.

Selepas selesai semuanya, aku mengangkatkan punggung aku. Tanda dah nak balik. Aku dengan sorang kawan aku. Automatik dari dulu lagi, bile aku angkat punggung, die pom akan bangun jugak. Pastu lepak tepi masjid. Borak borak berinformatif.

Sekian, aku pun menghabiskan cerita ini.

Jadi..

Apakah motif entri hari ini?

Saje tulis post..Gatal tangan. Point takde, nak tulis jugak.

Dan..

Apakah kaitan post ini dengan tajuk diatas?

Juga tiada.

Celaka serius muka beliau....

Salam

Friday, October 9, 2009

Entri gambar

Entri ini entri gambar

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anjing colgate of the year

see..kan aku dah cakap..entri ni entri gambar..korang x percaya..~~

Wednesday, October 7, 2009

EGO

Lelaki.

Egonye melampau-lampau. Begitu melampau. Atau dalam erti kata lain egonye bertingkat-tingkat.

"Lagi tinggi dari KLCC" Ujar sahabatku dengan penuh semangat.

Aku mengangguk. Tanda aku setuju dengan beliau. Ego lelaki memang tak boleh dinafikan, mengalahkan perempuan.

Kalau lelaki bercakap, pasti diselit kehebatan dirinya. Bagaikan dialah raja. Dialah penguasa. Dialah segala-galanya. Tiada manusia lagi hebat darinya. Begitulah lelaki.

Jarang sekali aku mendengar lelaki bercakap mengenai kelemahannya. Agak susah untuk mendengar perbualan itu.

Lebih-lebih lagi apabila dengan perempuan. Itulah penambah perisa kepada ego. Dihadapan perempuan, ego lelaki naik berganda-ganda. Kemachoannya amat dijaga rapi. Kerana disitulah letaknya ego lelaki.


Jadi....


Apakah yang akan terjadi

Apabila seorang lelaki...
Tewas kepada wanita...

Dalam pertandingan chess?


Teruna saya hilang mak...isk3..


Bengang tol. Hilang mood aku malam ni.


Tuesday, October 6, 2009

Mustahil

Entri ini dimulakan dengan lafaz:

"Kalau awak dapat dekan sem ni, sem depan awak boleh terus sambung degree kat shah alam........"

Agak terkejut setelah aku mendengar kata-kata ni. Bulu roma aku meremang. Tapi aku buat-buat relax. Kontrol macho. Dengan nada selamber aku bertanyakan lebih lanjut. Puas hati dengan penerangan, aku mengucapkan terima kasih dan terus melangkah pergi dengan sopan.

Begitulah sopannye aku dihadapan koordinator program aku. Aku suka style die, betul-betul manusia jurusan engineering..slamber, tak skema, dan memahami student.

Tapi, hal yang lebih serius,..lagi serius berbanding Chelsea vs Liverpool, lagi penting berbanding kisah cinta kucing aku dengan Miley (kucing rumah sebelah).

Kalau aku dapat dekan, degree menanti aku sem depan.

Baru tadi aku tau hal ni. Tu pun lepas aku jumpe KP. Siot betol. Desus hati aku. Aku tak tau kepada sape "siot" itu ditujukan. Tapi tetap siot.

Dikala aku melepaskan harapan untuk mendapat dekan kali ni, dikala aku kecewa dengan test 2 untuk setiap subjek aku sem ni, datang pula tawaran ini.

Tawaran yang agak mustahil untuk dilepaskan. Begitu mustahil. Amat mustahil. Dalam erti kata lain adalah mustahil..Mustahil. Ok ok..aku stop gune ayat tu.

It is one in a lifetime oppurtunity.

Berbelit jari aku menaip ayat itu. Tapi begitulah agak-agaknya orang putih kata.

So, apa yang akan aku lakukan?

Teruskan main game, tido, tengok muvie, surf tenet.

Period.

Sebagai penutup tirai.

Aku dapat tawaran..yeah..

Monday, October 5, 2009

Sesi pertemuan bersama Tun

Tajuk kali ini agak ganas. Mungkin ada yang terbeliak biji mata selepas membaca tajuk tersebut. Seperti biasa, tajuk perlulah gempak, supaya pembaca ramai. Teknik itulah yang aku gunakan. Tapi aku tak tipu, aku bukanlah seorang penipu. Berdosa kalau menipu. Aku masih ingat kata-kata itu. Itulah kata-kata ustazah aku sewaktu di tadika dahulu.

Berbalik kepada topik, hari ni aku sedikit teruja. Terus terang aku katakan, inilah first time aku terasa teruja begini. Aku dapat menghadiri satu sesi ceramah oleh Tun Mahathir. Sape-sape yang tak kenal beliau, sila berhijrah ke mongolia ataupun ethiopia.

Aku datang ke dewan time tu pkul 9.30 . Kelas baru je abez. Kalau ikot jadual, ceramah tu start pukul 10.00. Datang-datang je dewan dah penuh. Manusia-manusia mula ditempatkan di luar. Ada disediakan booth. Pasrah je aku tengok muka yang kene duduk kat luar. Muka bengang, muka kepanasan sume ada..Muka yang takde reaksi terus pun ada.

Ah, mane buleh macam ni. Desus hati aku. Mahathir nak jumpe aku. Aku tak kira, aku nk duduk kat dalam jugak. So, dengan muka yang tak malu, aku menyerabutkan aku di dalam dewan, yang sudah sedia penuh. Mujurlah aku kenal manusia-manusia petugas disitu. Dapat juga aku duduk kat dalam. Tapi tempat tu tersorok la jgk.

Aku sedih. Tapi aku tak menangis. Aku perlu control macho. Kaum wanita ada disebelah. Kene tunjukkan kemachoan aku, serta sifat aku yang gentleman. Jadi, aku pakai jaket aku. pergh..Mesti perempuan tengok aku nnti. Desus hati aku...Tapi..baru je die nak tengok aku, Tun sampai. Die tengok kat Tun. Aku kecewa. Tapi aku teruja. Teruja tengok tun. Mau je aku nak lompat pergi kat Tun. Tapi aku masih waras. Nanti aku lagi glamer dari Tun.., tak boleh jadik. Jadi aku duduk diam-diam. Muka memang tak puas ati tak dapat salam dengan Tun.. Aku tengok manusia-manusia lain dah macam gile dapat salam dengan Tun. Saje nak buat aku jelez la tu.

Macam biasa, ceramah Tun memang berinformatif. He is such a great thinker. He is a thinker of the nation. Aku rasa-rasa la. Sebab aku tak nampak lagi pmimpin lain yang lagi hebat dari die abad ni. Ayat-ayatnya bersahaja, tapi bermakna.

Dia concern pasal Ketuanan Melayu. Well, tanpa dia, kaum melayu dah lame jatuh. Rase-rase aku la.

"Jatuh? Jatuh bangunan ke?" Kawan aku menyampuk.

Serta merta kepala beliau disempuk.

Time balik, aku sempat record video Tun dalam kereta. Dia naik kereta bersama sama dengan Naib Canselor UiTM. Agak sadis, Naib Canselor langsung tak dilayan mahupun dilihat. Mahathir tumpuan utama. Kesian. Mesti dia balik nanti mengadu kat Isteri. Orang ada isteri, yang ko jelez apehal.


Abang polis kat tepi tu lagi la. Takde sape pun yang tegur mahupun lambai kat beliau. Kalau aku tanye balik manusia-manusia kat situ, sure ada yang akan berkata.."eh..ada polis ke tadi"..Ahh..malas aku layan ko.

Kami riang. Kami ceria. Kami sentiasa muda

Update sepantas kilat

Update ini sangat pantas.

-Takziah kepada penyokong liverpool-

.
.
.
.

Aku berbangga dengan Chelsea...yang berjaya menewaskan Liverpoool..

Walaupun aku agak sakit jantung jugak..tgk game tu..
Aku berpuas hati...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Manchester seri. Liverpool kalah. Chelsea Menang. Ahh..Good news indeed.

Sunday, October 4, 2009

Esok kelas batal

Tajuk ini merupakan hadiah kepada diri aku sendiri. Tak kisah korang nak kata apa. Aku tetap nak hadiahkan kat aku. Ya..Aku sedar akan satu fakta. Korang semua jelez. Ceh. Inilah orang kita. Pantang tengok orang senang, mesti berdengki.

Esok Tun Mahathir akan memberikan satu talk selama 2 jam di sini. Atas dasar itulah kelas aku batal. Dah pasti bersebab, baru kelas nak batal. Kalau tak, haram.

Inilah lecturer, terlalu skema. Asyik ikut peraturan. Aku tidak suka sikap lecturer seperti ini. Kita perlukan lebih ramai lecturer yang sempoi dan bersahaja, supaya student dapat merasakan erti menjadi student yang sebenar. Iaitu tidur lama, main game, ponteng kelas...dan berbagai2 aktiviti yang berfaedah lagi.

Aku tak faham kenapa orang kata aku tak layak untuk jadi pemimpin. Pemikiran aku dah cukup bernas. Mungkin mereka tak sekreatif aku. Bisik hati aku.

Pagi tadi lecturer aku buat perangai dia lagi. Sebelum aku komen,ingin aku tegaskan disini bahawa aku respek beliau. Beliau berpangkat Prof. Aku yakin bukan "Prof" beli. Mudah-mudahan. Beliau rajin memberi nasihat. Tapi nasihatnya adalah berganda-ganda. Kalau orang perempuan suke membebel or bergosip. Lecturer aku ini suka memberi nasihat. Bagus bukan? Ya, terlalu bagus. 1 minit/nasihat..untuk kelas 2 jam..dari segi matematiknya...

Kita boleh simpulkan:

1 jam = 60 minit.

Jadi

60 nasihat dalam masa satu jam.

60 X 2 = 120.

120 nasihat per kelas. Begitulah hebatnya lecturer aku.

Sumpah telinga aku berdesing. Sekuat-kuat ayam berkokok, kuat lagi lecturer aku.
Bukan niat aku mengutuk lecturer. Siyes. Aku bukanlah pelajar yang terlalu sempoi. Aku tidak pernah tidur dalam kelas. Ponteng pun hanya 4 5 6 kali. Tolong jangan baca 456, kerana itu akan membuatkan aku rasa terhina sekali.



Kepada lecturer-lecturer mahupun bakal lecturer, please..jangan sesekali berbuat demikian. Kerana.....kerana...ahh..ilham tak datang. Jadi setakat ini sahaja entri aku pada kali ini.

P/S: Setting blog aku tak menjadi. Gambar dah letak, tapi tak mau keluar. Setting post dah ejaz, tapi tak berubah2. Rasa nak bomoh je blogger.

Sekali lagi..gambar sebagai penutup kata

"Saya datang lagi bersama tora..."


Coretan Baru

Ada orang cakap, perubahan diri tu penting.

Jadi, aku tengok kat diri aku. Tapi aku tak nampak kat mane aku nak ubah diri aku. Penampilan? Oh no no.. Aku suka dengan diri aku sekarang. Aku takkan sesekali merubah penampilan aku menjadi orang lain. Nak ubah style ape lagi.


"Style Pak Cik Din Ujang"

Ujar sahabatku.

"Kepala Hotak ko"..

Segera aku membalas. Hanya itu jawapan yang setimpal dengan cadangan itu.

Jadi, disebabkan aku tidak ingin merubah diri aku. Aku perlu mencari alternative lain bak kate omputih.

"Alternatif pekebendenye"

Sampuk satu suara....


Aku diam. Diam tanpa sebarang kata.

"HAh! Aku dah Tau!!Aku tauuuu~"

Akhirnya..aku berjaya membuat satu perubahan. Tak perlu aku jelaskan. Kalau korang tak perasan, maknanye anda telah kehilangan nikmat menjadi seorang manusia.

Apa-ape pun..Sebelum aku mengakhiri entri yang terakhir ini..

Ingin aku jelaskan mengapa aku tidak menghapdet blog ni utk sekian lama..

Sebenarnya

.
.
.
.
.
.
.


www.photoshopcreation.com

.
..
...




Itulah penyebabnye..

Silakan datang..
Silakan komen..


Gambar Random..

"Hi, saya binatang...Awak?"