iranya agak lambat saya habis menonton cerita bini-biniku gangster.
Mungkin kerana saya terlalu berdukacita dengan cerita melayu sebelum ini
(keluar wayang sebelum cerita ini). Dimana sebuah cerita biasa, klise
dan dipenuhi jalan cerita yang lemau, entah kenapa diberi tepukan
gemuruh. Ya, saya merujuk cerita hantu bonceng.
Saya ada alasan kukuh. Ya, memang saya sebelum ini tidak percaya dengan
sebarang komen di arus media perdana. Tapi, cerita itu dilakonkan oleh
Juliana Evans. Masakan hati saya boleh berkata tidak pada lakonan
Juliana Evans? Ya, saya admit. Dia bukan pelakon hebat. Tapi entah,
lelaki mana boleh katakan tidak pada dia?
Hari ini, dengan kesempatan masa yang terluang, saya sempat menonton BBG.
Mungkin jalan cerita belum boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan
cerita mandarin atau hollywood. Tapi bagi saya, jalan cerita ini patut
diberi pujian. Ada satu semangat untuk membawa kelainan dalam cerita
melayu. Kisah ketua kongsi gelap yang dibawa oleh watak perempuan.
Disini akhirnya saya dapat buktikan perasaan saya sebelum ini, bahawa
Yana Samsudin adalah pelakon yang hebat. Dia berjaya membawa watak lemah
lembut dan kasar pada masa yang sama. Malah dia berjaya membawa watak
sebagai seorang isteri yang comel walaupun dengan kerjaya sebagai ketua
kumpulan gangster.
Cuma, hati saya masih melekat pada pendapat bahawa Intan Ladyana tidak
seberapa. Entah, dia sekadar berjaya membawa watak yang tidak keras
lakonannya. Tapi dalam lemah-lembut, dia gagal meninggalkan kesan. Dalam
watak keras, dia gagal menunjukkan aspek keras. Dia masih tersekat di
celah-celah usaha untuk menjadi seorang pelakon hebat.
Dan mengenai Sam. Tidak perlulah saya ulaskan. Sam kini dianggap sebagai
role-model. Apa yang dia bawa, dan ekspres sebagai seorang pelakon
dikira sebagai kayu pengukur.
Ending cerita ini sedikit menghampakan. Mungkin ini lumrah cerita melayu
yang hebat, terpaksa diakhirnya dengan penyudah yang tidak seberapa.
Tapi biarlah, saya masih boleh berekspretasi dengan jalan cerita sendiri
untuk kepuasan sendiri.
Next on the list adalah Nasi Lemak. Berminggu sudah saya bersedia untuk
menonton di pawagam, tapi hasilnya hampa. Akhirnya hanya sempat
download. Tak mengapalah. Sama sahaja kan?
Thursday, October 13, 2011
Monday, October 3, 2011
The state of mind
Apabila seorang yang jahil mula bercakap isu ketuhanan, isu yang membabitkan kefahaman terhadap hadis dan quran, hukum dan hakam, itu boleh dikatakan satu tanda akhir zaman. Itu kata-kata ustaz. Tipu ustaz, tipulah aku. Tapi sekarang ini, aku yang jahil ingin bercakap tentang agama. Akhir zaman? Yes, it is.
Tapi, perihal dunia sekarang terlalu pelik. Terlalu taksub dan heboh dengan liputan-liputan kebodohan yang seperti tiada pangkal hujung. Kita tidak perlu jadi seorang genius untuk mengetahui di mana kebodohan pemikiran dan amalan sekarang, tetapi kita perlu menjadi seorang genius untuk mula berfikir dengan akal, tanpa biased dengan perasaan sendiri, bahawa kita kadang-kadang tidak selalunya betul.
Dalam islam yang memeningkan, sekarang ada soal hudud. Perlaksanaan hudud bukan senang, it is a matter of time and intellect. Dalam soal ini, aku nampak jelas kenapa PAS bekeras ingin melaksanakan hudud. Ada dua pendapat. Satu, mungkin Nik Aziz merasakan kewajipan melaksanakan hudud sekarang. Dan pemimpin pas, seperti yang aku katakan tadi, merasakan dirinya adalah betul. Well, mereka ada orang alim ulama, why not?
Second point, PAS tiada cara lain. They have to relied on their history. Supaya orang nampak konsistensi di dalam pentadbiran. Malah, in a fair point of view, jikalau PAS tidak mengamalkan hudud, kerajaan akan menuduh PAS tidak tetap pendirian. So what's left?
Dalam soal hudud, pendapat aku yang jahil memang seharusnya diabaikan. Tapi, aku bersetuju dengan pendapat Dr Maza . Hudud adalah satu mekanisma. Di saat dunia penuh kejahilan, suasana Islam tidak hadir, dicelah mana keadilan dapat dikembalikan? Keadilan yang ditekankan, itu yang pertama di dalam Islam. And please don't say Dr Maza is wahhabi. Please accept that you are too stupid for another explanation.
Itu soal tepian. Sekarang, ramai golongan muda yang kononnya menjadi pengikut ustaz dan mula mencapai tahap 'maksum' telah pertikaikan hukum hakam sendiri. The time has come for malaysian to prepare a guideline untuk sesiapa menjadi ustaz.
Ustaz memainkan peranan penting dalam society hari ini. Jadi biarlah ustaz dari golongan yang berpelajaran. Sekurang-kurangnya yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan berfikir secara bijaksana. Biarlah hanya orang yang ada master dalam syariah, phd dalam pengajian hadis yang digelar ustaz. Kata-kata ustaz lebih diterima pakai dari kata-kata ahli sains, cikgu dan pemimpin. Even ustaz tadika sekalipun. In such way, mungkin ini perkara bagus.
Tapi itu hanya jika ustaz betul-betul berfikiran seperti ustaz. Apa yang memeningkan adalah ustaz tidak begitu bijaksana, dan rakyat terlalu buta. Apa yang diluahkan oleh ustaz aku ditelan mati-matian. Tapi sebenarnya bukan dalam semua perkara, hanya perkara-perkara yang boleh menampakkan bijaksana dalam kaca mata mereka. Tidak boleh memakai baju pink, tidak boleh konvo. Kalau betul tak boleh konvo kerana baju konvo blablabla, kenapa tak ada ulama atau mufti yang persoalkan terlebih dahulu? I dont think you are too stupid to think that way.
Berpuluh tahun umat Islam ditelan zaman. Dipinggir, mundur dan kekal miskin. Yang kaya sekadar menjadi boneka kebodohan kristian. The only reason yang mulim jumpa adalah mereka mundur angkara kristian, yahudi dan atheis. Mereka menjadi mangsa. Kristian mereka-cipta itu. Yahudi mereka ini. Dan umat islam menjadi mangsa. This is another stupid crap. Islam tak pernah salah, dan seharusnya Islam itu kekal kuat dan megah. Tapi hakikatnya rakyat Islam ditindas,miskin dan mundur adalah kerana wujudnya golongan macam ni. They blame other too much, without realizing that they are actually the problem of Islam. Their thinking, their state of mind is causing islam to sink.
Their habit, mengharamkan itu, ini tanpa sebarang usaha untuk mencipta atau mencari jalan keluar supaya umat Islam dapat menikmati kesenangan yang sama adalah contoh, yang mereka inilah punca masalah.

Sunday, September 25, 2011
"Kadang-kadang kita sekadar perlukan beberapa hirupan kopi untuk mengatakan, indahnya!"
Saturday, September 3, 2011
Update Raya
Rasanya sudah sampai masa untuk aku buka cerita tentang Raya. Ya, Raya. Hari di mana semua orang merayakan hari raya. Hari untuk bersuka-ria.
Mungkin atas dasar beberapa faktor, suasana raya tidak begitu mengena dengan jiwa aku tahun ni. Tiada bait-bait dalam sanubari yang terkinja-kinja berlari ingin menikmati hari raya ini. Sekadar serpihan hati mengata, hari ini hari raya-jadi ayuhlah seru sedikit semangat untuk merayakannya. Setakat itu saja.
Aku kira, ini disebabkan oleh cuti. Dahulu, atau tahun-tahun sebelum - dalam 3 tahun sudah, aku tak rasa nikmat berbuka di rumah. Suasana puasa aku hanya ditemani makanan bazar dan bilik hostel ataupun rumah sewa. Ketika orang sibuk berterawih aku sedang berborak kosong di dalam bilik atau sedang memegang sebatang pen sedang kepala girang terbayang-bayang hari raya ketika pensyarah sedang taksub bercerita.
Hujung minggu pula sibuk dengan perkiraan cuti Raya. Bilamana terdapat test/kuiz yang cuba untuk mencacatkan suasana hari raya, aku lebih rela membiarkan test/kuiz mencacatkan aku, semata-mata kerana aku ingin cuti, ingin menikmati raya. Tapi tahun ini, aku diberi kurnia cuti nun lama sebelum raya hatta sebelum puasa lagi. Jadi, aku disini, dalam kelompok kehidupan yang aku selesa dan sebati. Di celah-celah dunia pelusuk Terengganu. Dikelilingi saudara sendiri, tempat tinggal sendiri, suasana negeri sendiri. Ya, tiada test, tiada kuiz, tiada pensyarah. Yang ada hanya aku dan masa terluang.
Jadinya, dari mana hendak aku seru nikmat raya. Ada apa disebalik atmosfera raya yang mana hari untuk pulun makan setelah sebulan kelaparan itu? Tapi mujurlah, hikmahnya adalah ruang untuk aku bersenggama dengan kemalasan terawih makin kecil. Bila di kampung, terawih perlu rajin. Semangat perlu dikerah.
Dan bila tiba hari raya, aku kembali dihantui sketsa-sketsa trauma bersalam. Ini kisah lama, tak-bukan sekadar lama, ini fakta diri aku. Disebabkan beberapa kisah sadis yang memalukan aku ketika bersalam kira-kira sepuluh tahun yang lepas, aku jadi trauma terus bersalam. Aku takut aku terus dimalukan dengan sketsa-sketsa memalukan itu. Itu masalah bagi aku-kerana siapa kisah/kira apa masalah/trauma aku? Yang penting bilamana aku gagal untuk menunaikan acara bersalam, aku boleh dikira/dituduh kurang adat. Walaupun itu sebenarnya satu lagi fakta tentag diri aku - tak ada adat. Oh, bab tu aku salahkan Datuk Ketemenggungan.
Mujurlah. - mujurlah raya tak lama. Sekadar kelip beberapa kali, 3 hari raya sudah dirai. Dan aku masih disini, bersaki baki dengan trauma sejak azali. Duit raya, heh. Mujurlah tak begitu mendukacitakan hati. Setelah berusai mood raya, maka bolehlah aku berkira-kira mood belajar pula. Lagi seminggu dua. Harapnya aku boleh kerah otak untuk kembali berfungsi setelah hampir 4 bulan terbengkalai mati.

Thursday, August 25, 2011
Cerita Pendek 10
Pak Yaakob ambil dua botol air mineral, dijinjit rapi. Sampai di pintu kereta, perlahan diletakkan air tadi. Hazrin terkebil-kebil di tempat duduk penumpang. Matanya galak memerhati di sekeliling taman.
Kosong. Hanya ada keluarga Cheng Siew sedang berehat di bawah pokok. Anaknya, Fak Choi leka membaca tanpa hirau sekeliling. Hazrin senyum sinis. Heh.
Selesai segala, Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya mereka berdua. Bini Pak Yaakob, Habibah tak ikut sama. Biarlah, urusan lelaki katanya . Tak pula Pak Yaakob membantah.
Jam ditangan dikerling.
.
“Alah, lambat dah ni.” Kereta dihidupkan seraya dipandu melaju.
Selang 20 minit, mereka sampai di perkarangan rumah Bomoh Tamsi.
Bomoh Tamsi kelihatan sudah lama menunggu. Perlahan-lahan Pak Yaakob melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumah gelap-gelap samar. Kesemua tingkap dibiarkan tertutup. Hanya sedikit cahaya menerobos dari dinding tingkap. Hazrin ternganga. Pertama kali jejak kaki rumah bomoh. Bukan calang-calang pengalaman baginya. Penuh alatan-alatan pelik. Puaka.
Pak Yaakob dan Hazrin dijemput bersila menghadap Bomoh Tamsi.
"Jadinya, macam aku cakap tadilah Tamsi. Si Hazrin ni.." Belum sempat dihabiskan coretan ayat, Bomoh Tamsi sudah pun mengangguk.
.
.
"Biasalah, budak-budak. Nak kena minum air jugak baru menjadi, iye dak?" Balas Bomoh Tamsi bersahaja.
Hazrin celaru. Entah sirius, entah jenaka. Riak muka Bomoh Tamsi yang bersahaja buat dia tidak dapat meneka. Molekkah andai dia cuba menguntum senyuman? Bimbang juga dituduh kurang sopan.Ah, lebih baik diam. Bungkam.
Bila tiada reaksi, Bomoh Tamsi berdehem. Tanpa buang masa, dia terus fokus kepada kerja.
“Bismillah..” Bomoh Tamsi mula baca mantera. Mulut terkumat kamit. Mata pejam rapat. Sesekali derum dengusan kuat membuatkan Hazrin terperanjat.
Selesai alunan mantera, Bomoh Tamsi hembus nafas beberapa kali pada Hazrin. Hazrin sekadar tahan. Biarlah apa harga pun, janji dia dapat yang terbaik.
“Balik nanti, minum dua kali sehari. Sebelum ambil ujian pun minum jugak. Jangan lupa selawat sebelum baca.” Bersungguh Bomoh Tamsi menerang. Hazrin dan Pak Yaakob mengangguk. Muka lega. Masa depan makin cerah.
OOOOOOOO
Hazrin reguk liur. Mukanya kerunyut. Guru kelas, Aspalela mula baca keputusan UPSR.
Beberapa kali Hazrin cuba sedapkan hati. Dia yakin, Bomoh Tamsi sudah menolongnya. Dia sudah banyak minum air, sudah banyak makan kismis, dia juga sudah banyak telan kurma. Pasti boleh, pasti.
“Muhammad Hazrin Yaakob, 1B 4C” Hazrin diam. Bungkam. Celaka, jiwanya makin meruntun. Hati makin tunggang tunggit. Sepotong ayat penyesalan mula berterabur dalam benaknya.
.
.
.
“Fak Choi, 4A 1B. Tahniah Fak Choi.”
Fak Choi pandang Hazrin. Pandangannya mula sinis. Heh!
Subscribe to:
Posts (Atom)